fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Zahirah MacWilson Meterai Kontrak Bersama Sedania Untuk Tanamera Dan OffSpring
Pewaris Takhta Denmark, Putera Joachim Ikut Jejak Langkah Putera Harry
Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut
Bukan Sekadar Raksasa, Frankenstein Netflix Sentuh Hati Dengan Keindahan Tragik
10 Filem Seram Korea Untuk Anda Tonton Hujung Minggu Ini

5 Selebriti Yang Bergelar Bapa Pada Usia Terlalu Muda

Bergelar ‘bapa tua’ bukanlah satu isu besar di kalangan selebriti Hollywood.

Ramai antara mereka memilih untuk tidak memegang status bapa pada usia muda kerana mahu mendaki puncak kerjaya tanpa terikat dengan komitmen terhadap isteri dan anak-anak. Apabila sudah berjaya mencipta nama dan jadual penggambaran tidak lagi padat disebabkan usia semakin lanjut, selebriti ini memilih untuk berumah tangga dan berkeluarga.

Antara contoh terdekat adalah pelakon Cheaper By The Dozen, Steve Martin. Dia menimang cahaya mata pertama pada 2012 ketika berusia 67 tahun. Begitu juga dengan George Clooney yang dikurniakan anak kembar pada usia 56 tahun. Bagaimanapun terdapat juga artis lelaki yang direzekikan mempunyai anak pada usia terlalu muda.

Glam senaraikan lima selebriti Hollywood yang memegang status bapa sebelum mencecah usia 20 tahun.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Charlie Sheen

Aktor ini bergelar bapa pada usia 19 tahun hasil perhubungannya dengan kekasih zaman sekolah, Paula Profit pada 1984. Diberi nama Cassandra Jade Estevez, anak sulungnya jarang menjadi tumpuan media namun pernah dirakam berjalan diiringi bapanya pada hari perkahwinannya. Charlie Sheen turut memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Denise Richards dan dua lagi daripada perkongsian hidupnya dengan Brooke Mueller.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse