Related Stories
15 Foto Majlis Berinai Rajwa Al Saif, Bakal Permaisuri Jordan
Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum Putera Mahkota Al Hussein disatukan dengan gadis pilihan hatinya, Rajwa Al Saif.
Majlis keraian untuk perkahwinan Diraja terbesar 2023 telah pun bermula menjelang detik pernikahan Putera Mahkota Jordan dan warga Arab Saudi pada 1 Jun. Acara pra perkahwinan dimulakan dengan majlis berinai yang dianjurkan oleh Permaisuri Rania buat bakal menantunya, Rajwa Al Saif di Madareb Bani Hashem.
“Saya amat gembira kerana anda semua hadir untuk meraikannya bersama kami. Hari ini adalah hari istimewa untuk kami dan seluruh keluarga (rakyat) Jordan: Kegembiraan kami adalah satu dan sama… Dekat atau jauh, anda semua berada di dalam hati kami hari ini,” kata Permaisuri Rania.
Permaisuri Jordan itu menambah, “Saya tidak akan lupa betapa gembiranya saya dan Baginda apabila Al Hussein memaklumkan dia ingin berkahwin dengan Rajwa. Dia adalah jawapan sempurna untuk semua doa saya buat Al Hussein. Semoga kamu berdua sentiasa menjadi sumber kebahagiaan dan sistem sokongan buat sama lain.”
Lihat koleksi foto terbaik daripada majlis berinai Rajwa Al Saif yang berlangsung beberapa hari lalu.
Pemilik nama Rajwa Khalid Al Saif, 28, dilahirkan dan dibesarkan di Arab Saudi. Pada majlis berinai, dia menggayakan persalinan memukau daripada pereka Arab Saudi, Honayda Serafi. Ia mengambil masa 2,000 jam untuk disiapkan.

Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
