Related Stories
Delvaux Sambut Savoirs & Savoir-Faire Di Malaysia
Delvaux kongsi sejarah kaya dan komitmen teguh terhadap “Savoirs & Savoir-Faire” bersama Malaysia pada bulan Ogos yang lalu.
Membawa intipati atelier terkemuka Brussels ke Kuala Lumpur, dipadatkan kepada elemen terasnya seperti artisan, kulit, dan peralatan ke The RuMa Hotel. Para tetamu dapat merasai seni dan kemahiran yang mendefinisikan la Maison. Suasana unik ini menangkap keajaiban Arsenal, ibu pejabat Delvaux. Dengan reka bentuk kaca dan logam yang menakjubkan hasil interpretasi semula oleh Van der Kelen, sekolah terkenal yang didedikasikan untuk lukisan trompe l’oeil sejak tahun 1882. Di sini, proses anyaman rumit kulit Brillant Arsenal khas Delvaux dihasilkan dan disempurnakan di lokasi.

Mengangkat tote praktikal ke tahap seni bina yang luar biasa, Delvaux memperkenalkan Airess. Ia merupakan reinterpretasi moden kepada beg Avia Airess yang inovatif dari tahun 1946. Diperbuat daripada kulit Taurillon yang lembut, Airess adalah beg membeli-belah trapezoid. Ianya serba guna dengan potongan bulat yang tepat, melambangkan dedikasi Delvaux terhadap reka bentuk, kemewahan. Dengan pembinaan yang mahir, Airess mengundang permainan yang mengasyikkan dengan perforasi sebagai tingkap dan sayap yang boleh dilipat mencipta dua struktur berbeza.
Sebagai sambutan kepada Airess, la Maison melancarkan Delvaux Café. Sebuah pop-up café yang diinspirasikan oleh barangan bagasi Avia Airess. Asalnya diperkenalkan di butik utama Le 27 di Brussels. Kafe ini membawa pesona Belgium ke Kuala Lumpur, menggabungkan gaya dan kecanggihan. Delvaux Café menawarkan pengalaman unik dan menyeronokkan.

Seni Elegan Caprice
Perjalanan ini berakhir dengan Caprice,kajian seni bina yang elegan dan kuat. Siluet berstruktur dengan pegangan atas ini mewakili ekspresi paling ekstrem dan memikat terhadap savoirs dan savoir-faire Delvaux. Pertama kali ditemui semula dalam koleksi peribadi Elizabeth Taylor, Caprice adalah lambang imaginasi dan ketelitian tertinggi studio Delvaux.
Stesen terakhir instalasi ini menampilkan barisan 12 Caprice. Masing-masing disusun pada pedestal dalam formasi seperti tentera. Koleksi enam gaya Box Calf hitam disandingkan dengan satu barisan reka bentuk luar biasa yang mengangkat beg tangan menjadi karya seni yang jarang ditemui, enam Caprice edisi terhad. Setiap satunya adalah arca mewah yang mempamerkan teknik warisan yang unik dan luar biasa, termasuk malachite, kayu, logam, jerami, kaca, dan seramik.
Pembentangan “Savoirs & Savoir-Faire” Delvaux di Kuala Lumpur menandakan pencapaian penting dalam perjalanan Maison di Malaysia – meraikan ulang tahun pertamanya di bandar ini.
Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
