fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Oh là là! Cuba Sajian Klasik Perancis, Sole Meunière Bersama Ili Sulaiman
Muhammad Faliq: Anugerah Terindah Puteri Aishah
Adele Dedah Kebenaran Mengenai Perkahwinan Rahsia Bersama Paul Rich
Suki Waterhouse Tayang Baby Bump, Robert Pattinson Bakal Jadi Bapa
Tempat Percutian Tersembunyi di Asia Untuk Dilawati Pada Penghujung Tahun

7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan

Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum yang dikenali sebagai Fazza mungkin bukan putera terkaya di dunia, tetapi jelas dia menjalani kehidupan serba mewah dan penuh bergaya.

Dengan nilai kekayaan sekitar RM1.9 bilion, Putera Mahkota Dubai berusia 40 tahun itu bukan sekadar dikagumi kerana berwajah tampan. Dia turut mempunyai banyak bakat antaranya sebagai penyair, ahli politik dan penunggang kuda.

Ayuh dalami keperibadian dan gaya hidup Sheikh Hamdan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata ini.

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sukakan Cabaran

Gelaran Putera Mahkota tidak menghalang Sheikh Hamdan untuk mencuba segala aktiviti memacu adrenalin yang ingin dilakukannya. Dari menangkap menggunakan lembing, berbasikal, luncur gantung, luncur papan salji, menunggang kuda, menyelam laut dalam dan terjun udara, dia telah mencuba hampir semua aktiviti yang dilakukan lelaki sejati. Pada 2013, Putera Mahkota itu meraih perhatian dunia selepas memanjat bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Dia turut merakam foto dirinya di puncak menara itu sambil mengibarkan bendera Emiriah Arab Bersatu beberapa hari selepas kemenangan Ekspo Dunia 2020.

Foto: Twitter

Foto:

Baca: Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse