fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tips Berpuasa 30 Hari Dengan Selamat
Putus Cinta? Ini 5 Tips Move On Paling Berkesan
9 Perkara Perlu Elak Bila Bermesej Dengan Lelaki
Ini Konsert Yang Bakal Menggegar Pentas Malaysia Tidak Lama Lagi!
Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton

Di Sebalik Rumah Agam Mega Ben Affleck & Jennifer Lopez Bernilai RM288 Juta

Selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2022, pasangan selebriti popular Ben Affleck dan Jennifer Lopez aktif mencari sebuah kediaman mewah untuk hidup bersama.

Akhir tahun lalu Ben Affleck dilaporkan menjual kediamannya pada harga RM128 juta manakala Jennifer pula kini dalam proses menjual rumah agam mewahnya di Bel Air yang bernilai RM191 juta. Pasangan itu baru sahaja membelanjakan sebanyak RM288 juta dengan membeli sebuah hartanah tersohor di Santa Monica. Ia termasuk sebuah rumah agam mewah untuk diduduki oleh keluarga besar mereka.

Jennifer memiliki dua cahaya mata, Emme dan Max hasil perkahwinannya dengan penyanyi Marc Anthonyy. Ben pula berkongsi tiga anak dengan bekas isteri, Jennifer Garner - Seraphina, Violet dan Samuel.

Ini segalanya yang perlu anda tahu mengenai ‘syurga dunia’ milik Ben Affleck dan Jennifer Lopez.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lebih Banyak Kemudahan Mewah

Kediaman tiga tingkat yang dibina pada tahun 2005 itu juga mempunyai dua bilik belajar, perpustakaan dan bilik keluarga yang bersambung terus ke dapur yang dilengkapi meja pulau dan peralatan mewah. Ia juga mempunyai lif, empat tempat letak kereta, dan kolam renang dengan gaya resort dan bercirikan spa. Satu lagi keistimewaanya adalah ia menawarkan pemandangan indah lautan dan gunung dari semua sudut.

Foto: Westside Estate Agency

Foto: Westside Estate Agency

 

Foto: Getty Images

Baca: Jauh Dari Konsep Glamor, Kediaman 100 Tahun Menjadi Pilihan Supermodel Behati Prinsloo

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse