Uniqlo Lancar RE.UNIQLO Studio Pertama Di DA Square
Uniqlo melancarkan RE.UNIQLO Studio pertama di Malaysia yang terletak DA Square dengan servis jahitan ‘Repair, Reuse, dan Recycle’ untuk mengurangkan sisi pakaian.
Selepas dilancarkan di beberapa stor utama di seluruh dunia, RE.UNIQLO Studio kini sudah dibuka di Malaysia. Gergasi pakaian global, Uniqlo melancarkan RE.UNIQLO Studio pertama di Malaysia yang terletak DA Square dengan servis jahitan ‘Repair, Reuse, dan Recycle’ untuk mengurangkan sisi pakaian.

Buat pertama kalinya di Malaysia, RE.UNIQLO Studio merupakan sebahagian daripada program RE.UNIQLO yang akan menyumbang kepada ekonomi membulat melalui kitar semula dan 3R – Repair, Reuse dan Recycle. Ia diperkenalkan untuk membantu pengguna memanjangkan hayat pakaian dengan servis membaiki yang mudah dan praktikal pada pakaian LifeWear, seperti memberikan nyawa kedua kepada pakaian untuk digunakan semula.
Inisiatif yang amat penting di Malaysia ini bukan sahaja dapat membantu persekitaran dan komuniti setempat, bahkan ia dapat mengurangkan sisa pakaian dan pencemaran alam. Antara servis yang bakal ditawarkan kepada pengguna termasuklah menggantikan butang, menjahit pakaian yang koyak, serta membetulkan poket dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.

Dalam meraikan pelancaran terbaharu ini dan juga mempromosi 3R, Uniqlo telah menganjurkan bengkel istimewa buat pengunjung untuk belajar seni jahitan sulaman dan mengambil bahagian dalam mengitar semula fabrik menjadi pelapik minuman. Bengkel ini merupakan kolaborasi bersama Asfarena Group, sebuah badan sosial tempatan yang membantu memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik.
Oktober lalu, GLAM terbang ke Singapura untuk menghadiri pelancaran RE.UNIQLO Studio di Orchard Central Global Flagship Store. Studio kedua selepas pembukaan pertama di stor Uniqlo di 51 @ Ang Mo Kio pada Mac 2022 ini memberikan pilihan kepada pengunjung untuk mendapatkan servis yang ditawarkan di lokasi berlainan. Setiap servis seperti menggantikan butang, menjahit lubang dan pakaian koyak hanya pada harga SGD5 sahaja.

RE.UNIQLO Studio akan dibuka pada stor-stor lain di sekitar Malaysia selepas pelancaran pertama ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif kelestarian Uniqlo, klik di sini.
Foto: Uniqlo Malaysia
Baca lebih lanjut: Lebih Hangat Dan Bergaya, Kembara Musim Sejuk Bermula Dengan Uniqlo HEATTECH
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
