fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Hotel Menarik Mesti Kunjung di Pulau Pinang
GBC Love Wellness: Sesi Aqua Fitness Bertenaga Di Sunway Resort
Kembali Bercinta, Bunga Citra Lestari Selangkah Menuju Bahagia
Phoebe Dynevor & Andrew Garfield Jalin Hubungan Rahsia
10 Panduan Persiapan Perkahwinan: No Stress & No Last Minute!

Jennifer Aniston Dedah Status Perhubungan Terkini Dengan Brad Pitt

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketika sesi itu, mereka dilihat bercanda dengan satu sama lain sebelum Aniston memanggil Pitt dengan panggilan ‘honey’. Menurut pelakon Horrible Bosses itu, ia adalah biasa untuk perhubungan mereka.

“Ia sangat menyeronokkan. Saya dan Brad rakan baik,” kata Aniston. Jelasnya, walaupun ramai menjangkakan terdapat kejanggalan antara mereka – Pitt meninggalkan pelakon itu demi Angelina Jolie selepas jatuh cinta di set penggambaran Mr. & Mrs. Smith pada 2005 – mereka kini berada dalam fasa baharu persahabatan.

“Kami berbual seperti biasa, tiada apa yang janggal, kecuali buat mereka yang menonton dan berharap atau menganggap wujudnya kejanggalan. Kami berseronok, dan ia untuk tujuan yang baik, CORE,” tambahnya.

Sesi itu dianjurkan untuk mengumpul dana bagi pertubuhan kemanusiaan Sean Penn, CORE (Community Organized Relief Effort) dan Reform Alliance demi memerangi pandemik Covid-19.

Jennifer Aniston says she and Brad Pitt are 'buddies' - CNN
Foto: CNN
2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse