Michelle Yeoh Lakar Sejarah Di SAG Awards 2023
Tahun 2023 dilihat gemilang buat Tan Sri Michelle Yeoh kerana tidak henti-henti meraih trofi kemenangan di pentas anugerah berprestij.
Selepas meraih pencapaian mengagumkan di Golden Globes Januari lalu, Michelle sekali lagi mencipta rekod apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2023 menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Bintang kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan nama-nama besar Hollywood yang dicalonkan dalam kategori sama iaitu Cate Blanchett (Tar), Viola Davis (The Woman King), Ana de Armas (Blonde) dan Danielle Deadwyler (Till).

Foto: USA Today
Dengan kemenangan ini, Michelle mencipta sejarah sebagai pelakon wanita Asia pertama membawa pulang trofi utama dalam anugerah filem.
“SAG-AFTRA, meraih kemenangan ini daripada anda yang memahami apa kriteria diperlukan untuk sampai ke tahap ini, anda semua tahu segala liku dan turun naik yang perlu dilalui. Tetapi apa yang penting, kami tidak pernah berputus asa. Saya bersyukur atas kasih sayang dan sokongan anda kerana saya tahu saya bersaing dengan barisan aktres luar biasa.
“Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Anugerah ini bukan hanya untuk saya, ia juga untuk setiap anak gadis kecil yang kelihatan seperti saya. Terima kasih kerana memberi saya peluang, ramai antara kami memerlukannya,” katanya sambil menitiskan air mata.

Foto: Getty Images
Filem Everything Everywhere All At Once mendominasi SAG Awards tahun ini dengan mengungguli empat anugerah utama dan memecah rekod kemenangan terbanyak untuk sebuah filem. Ia memenangi kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik yang dijuarai oleh Michelle serta kedua-dua anugerah Pelakon Pembantu Terbaik yang dimenangi oleh Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis. Ke Huy Quan turut melakar sejarah sebagai pelakon Asia lelaki pertama yang memenangi anugerah SAG AWArds dalam filem.
“Ini adalah saat paling beremosi untuk saya. Baru-baru ini saya diberitahu bahawa jika saya menang malam ini, saya akan menjadi pelakon Asia pertama memenangi kategori ini. Apabila mendengarnya, saya mulai sedar bahawa detik ini bukan lagi milik saya seorang. Ia juga milik semua orang yang memperjuangkan perubahan.”
“Saya meninggalkan bidang lakonan tidak lama dahulu kerana peluang yang amat terhad, namun malam ini kita berada di sini, meraikannya. Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada perubahan ini.”

Foto: Getty Images
Foto: Getty Images
Baca: Tan Sri Michelle Yeoh Dinamakan Sebagai Icon Of The Year
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
