fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Leya Princy, Bintang Muda Warnai Filem Cinta & Rangga
Harry Styles ‘Meludah’ Chris Pine? Ini Yang Terjadi di Venice Film Festival ke-79!
Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan
Angkat Martabat Warisan Tekstil, Ini Karya Tengku Puteri Jihan
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah

Kardashian Inspirasi Di Sebalik Tiga Beradik Featherington Dalam Bridgerton

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hubungan akrab antara Prudence dan Philipa mencerminkan ikatan antara Khloe dan Kourtney. Dan Penelope, sosialit muda yang dalam diam menulis ruangan gosip menggunakan nama samaran mempunyai semangat usahawanita mirip Kim, yang baru-baru ini disenaraikan sebagai salah seorang jutawan oleh Forbes.

“Saya rasa Prudence dan Philipa sangat menyerupai Kourtney dan Khloe kerana mereka akrab. Pen pula merupakan usahawanita yang sangat berjaya, sama seperti Kim,” tulisnya.

Ciapan tersebut mendapat respon daripada Kim tidak lama kemudian.

“Wah, saya sangat terkejut! Bolehkah saya hadir untuk sesi fitting?! Ia akan menjadi pengalaman paling indah dalam hidup saya!,” selorohnya.

Jawab Coughlan, barisan pelakon dan kru Bridgerton sangat teruja untuk menerima kunjungan bintang Keeping Up With The Kardashian itu ke United Kingdom, di mana mereka sedang menjalani penggambaran musim kedua sekarang ini.

Foto: Netflix

Baca: Tertidur Ketika Didandan, Kim Kardashian Dijadikan Bahan Jenaka

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse