fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kanye West Dedah Pergelutan Peribadi Dalam Lagu Baharu
Fazziq Muqris Hero Berjiwa Pengembara
Kenali Pakaian Sukan Yang Mendengar Bahasa Tubuh Anda
Raikan Tahun Baru Cina 2019 Bersama Seleksi Selera di Hilton!
SAMSUNG Memperkenalkan Peranti Serbaguna Galaxy Z Fold4

Kenali Jordan Beckford, Anak Supermodel Terkenal 90-an Tyson Beckford

Model tampan berdarah kacukan, Tyson Beckford mendominasi pentas peragaan global pada tahun 90-an.

Namanya masyhur sebagai model lelaki Ralph Lauren Polo malah pernah dinobat sebagai model terbaik VH1 pada 1995. Namun apa yang lebih penting, Tyson Beckford berjaya mencetus perubahan di pentas peragaan buat generasi akan datang. Rupa paras eksotiknya adalah hasil kacukan bapanya yang berdarah campuran Jamaica dan Cina serta ibunya yang berketurunan Panama.

Model berusia 53 tahun ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jordan Beckford yang tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Mungkin ramai menyangka jejaka berusia 25 tahun ini meraih populariti dengan mengikut jejak langkah bapanya. Namun hakikatnya dia mencipta nama dengan menceburi industri muzik terlebih dahulu.

Baca lima fakta mengenai satu-satunya zuriat Tyson Beckford ini

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mendapat Kasih Sayang & Perhatian Sepenuhnya Daripada Ibu Bapa

Walaupun ibu bapanya tidak tinggal sebumbung, Jordan Beckford mendedahkan mereka mengasuhnya bersama-sama. Tyson Beckford berkata, 60% kejayaan anaknya datang daripada asuhan ibunya manakala 40% lagi adalah hasil didikannya sebagai bapa. Malah supermodel itu pernah memuji April Roomet sebagai seorang ibu yang luar biasa, menurut US Magazine.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse