fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World’s A Little Blurry
Juara AJL Ke-39, Kemarau 20 Tahun Marsha Milan Tamat
Duchess of Sussex Dibayar RM28 Juta Untuk Sesi Temu Ramah Bersama Oprah Winfrey?
Sophie Turner Bidas Anti-Masker, Dedah Pakai Pelitup Muka Semasa Melahirkan
5 Sebab Filem K-Pop Demon Hunters Jadi Bualan Ramai

Kenali Jordan Beckford, Anak Supermodel Terkenal 90-an Tyson Beckford

Model tampan berdarah kacukan, Tyson Beckford mendominasi pentas peragaan global pada tahun 90-an.

Namanya masyhur sebagai model lelaki Ralph Lauren Polo malah pernah dinobat sebagai model terbaik VH1 pada 1995. Namun apa yang lebih penting, Tyson Beckford berjaya mencetus perubahan di pentas peragaan buat generasi akan datang. Rupa paras eksotiknya adalah hasil kacukan bapanya yang berdarah campuran Jamaica dan Cina serta ibunya yang berketurunan Panama.

Model berusia 53 tahun ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Jordan Beckford yang tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Mungkin ramai menyangka jejaka berusia 25 tahun ini meraih populariti dengan mengikut jejak langkah bapanya. Namun hakikatnya dia mencipta nama dengan menceburi industri muzik terlebih dahulu.

Baca lima fakta mengenai satu-satunya zuriat Tyson Beckford ini

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pernah Membintangi Muzik Video Eminem

Wajah pertama yang anda lihat apabila menonton video muzik Eminem, No Love yang menampilkan Lil Wayne adalah Jordan Beckford ketika remaja. Video itu diarahkan oleh Chris Robinson, sutradara video muzik tersohor untuk artis popular seperti Nicki Minaj, Tyga dan A$AP Rocky.

Foto: Instagram

Namun bukan hanya Jordan Beckford, ibunya juga pernah muncul dalam video muzik Eminem berjudul The Way I Am. Dia memainkan peranan sebagai Kim Mathers, bekas isteri Eminem. Bapanya juga pernah membintangi pelbagai video muzik termasuk Toxic nyanyian Britney Spears dan Go Hard nyanyian DJ Khaled. Terbaru adalah muzik video Lizzo berjudul 2 Be Loved (Am I Ready).

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse