Related Stories
Home > GLAM Beauty Club > Kembara Cantik 360’ > GBC Eksklusif: Di Sebalik Tabir Solekan Bernadya Untuk Konsert Tur Berjalan
GBC Eksklusif: Di Sebalik Tabir Solekan Bernadya Untuk Konsert Tur Berjalan
Peluang eksklusif buat GBC kali ini adalah ketika berada di belakang tabir dan menyaksikan sendiri persiapan Bernadya bagi konsertnya yang dinanti peminat di Malaysia, Tur Berjalan.
Segala yang eksklusif buat ahli GBC! Kami mendekati kedua-dua figura yang kami kagumi iaitu Ezad Ibrahim, jurusolek Malaysia yang menjadi pilihan Bernadya, penyanyi dari negara seberang yang kian mendapat tumpuan ramai. Kehadiran Bernadya yang julung-julung kalinya di Malaysia memikat hati para peminat dengan gaya natural dan personalitinya yang menyenangkan. Sentuhan solekan malam itu yang diserikan oleh Ezad datang dari inspirasi solekan Korea yang mana ia bukan sahaja menonjolkan kecantikan semula jadi Bernadya, tetapi ia juga antara gaya solekan kesukaan Bernadya yang meminati gaya minimalis dan fresh.
Bernadya dan Tur Berjalan
Bernadya, penyanyi yang popular dengan lagu Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan buat julung kalinya mengadakan konsert pertamanya di The Bee Publika, Kuala Lumpur pada 25 September lalu. Penyanyi yang berusia 20 tahun ini menyampaikan 11 buah lagu daripada albumnya pada malam berlangsungnya konsert dan dihadiri 500 orang peminat.
https://www.instagram.com/p/C_ky6uPSj5u/
Inspirasi di Sebalik Solekan Gaya Korea
Ezad berkongsi bahawa inspirasi solekan kali ini adalah untuk mencipta penampilan yang ringkas tetapi memukau, sesuai dengan keinginan Bernadya untuk kelihatan semula jadi dan tidak berlebihan. “Rona kulit Bernadya yang sekata dan bercahaya menjadikannya ia kanvas sempurna untuk solekan gaya Korea,” jelas jurusolek lokal ini.
“Saya menggunakan teknik asas cushion foundation, yang memberikan hasil minimalis sekaligus cuba mengelak dari menghasilkan solekan pentas yang terlalu tebal. Ia sesuai untuk mengekalkan elemen segar dan semula jadi seperti yang Bernadya mahukan,” jelas Ezad.
https://www.instagram.com/p/DAlKs1CSIk-/?img_index=10 Dengan menggunakan cushion foundation, Ezad dapat memastikan solekan kekal ringan tetapi tetap mampu menutup cela kecil. Kulit yang lembap adalah kunci untuk solekan gaya Korea. Gunakan pelembap yang memberi kesan dewy, kemudian aplikasikan primer untuk memastikan solekan tahan lebih lama. Tambahan lagi, gunakan concealer yang ringan untuk menutup lingkaran hitam dan jerawat. Pastikan ia blend dengan baik untuk kelihatan semula jadi.Teknik ini juga membantu mencipta kesan kulit yang dewy, yang merupakan ciri utama dalam solekan Korea. Korean Look Menyerlahkan Sisi Lembut Bernadya
Ezad memberitahu bahawa kulit Bernadya merupakan antara kulit idaman wanita kerana sangat flawless dan anjal. Oleh itu, jurusolek terkenal ini memilih untuk menggunakan warna-warna semula jadi yang lembut, tanpa perlu menambah lapisan asas berkali-kali.
“Sedikit gincu rona merah jambu mampu menaikkan seri wajah Bernadya dan menambah sedikit kesegaran,” katanya. Menurut Ezad, kunci utama adalah memastikan kulit sentiasa kelihatan sihat dan bercahaya, kerana ia memainkan peranan penting dalam solekan yang sentiasa malar segar.
Selain itu, jurusoleh terkenal ini juga berkongsi bahawa lip tint adalah item penting untuk mendapatkan bibir yang tampak lembut dan kemerah-merahan. Warna-warna seperti merah jambu, peach, atau merah cerah sering digunakan. Tip Mencipta Solekan Wanita Korea Ketika ditanya mengenai cabaran terbesar dalam mencipta solekan ini, Ezad berkongsi bahawa mengekalkan solekan sepanjang konsert adalah perkara yang mencabar, terutamanya dengan pancaran spotlight yang boleh membuat solekan kelihatan berlebihan. “Jadi, untuk solekan yang tipis, sangat penting untuk memulakan dengan persiapan kulit yang baik. Pilih cushion foundation yang sesuai untuk mengunci solekan, dan elakkan penggunaan highlighter yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan wajah kelihatan terlalu bercahaya di bawah spotlight,” tambah Jurusolek ini. Bagi peminat yang ingin mencipta semula solekan inspirasi Korea ini, Ezad menyarankan untuk memberi fokus kepada persiapan kulit terlebih dahulu dan memilih produk solekan yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing. Selain itu, solekan Korea sering menggunakan pemerah pipi dengan rona lembut seperti peach atau merah jambu. Oleskan di bahagian apple of the cheeks (bahagian pipi yang terangkat ketika senyum) untuk memberikan efek manis dan segar. Layangan maskara perlu untuk dimensi bulu mata yang lentik, tetapi hindari melapis hingga tampak terlalu tebal dan bergumpal. Satu lapisan maskara biasanya cukup untuk menambah definisi dan memberi kesan mata bundar. Dengan penampilan Bernadya yang memukau dan solekan sempurna oleh Ezad Ibrahim, konsert ini pasti akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi para peminat Bernadya di Malaysia. Fun Fact Tentang Bernadya Untungnya, Hidup Terus Berjalan telah mendapat 47 juta tontonan peminat di akaun YouTube miliknya dan 95 juta pendengar di Spotify. Penyanyi yang berkulit gebu putih ini menjelaskan pada GBC bahawa dirinya mendapat inspirasi untuk menulis lirik lagu apabila meluangkan masa bersama teman-teman. Lebih membanggakan, penyanyi berbakat luar biasa ini kini mendapat lima nominasi daripada anugerah berprestij Anugerah Industri Muzik, AIM 2024. Bernadya dinominasikan dalam kategori Artis Solo Wanita Pop Terbaik, Album Pop Terbaik, Album Terbaik Terbaik, Karya Produksi Terbaik Terbaik dan Pencipta Lagu Pop Terbaik. Artikel Berkaitan: GBC Lulus: Ini 3 Wangian Terbaharu Yang Unik Di TROVESee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk̷...
BY Julia Azman
Jul 15, 2025
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ring...
BY Julia Azman
Jul 02, 2025
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
BY Julia Azman
Jun 11, 2025
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume &...
BY Zahirah Zulkhairi
Jun 04, 2025
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malay...
BY Julia Azman
May 28, 2025
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecan...
BY Aesya Sofilea
May 06, 2025
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kul...
BY Zahirah Zulkhairi
Apr 17, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026

