Rekaan Hebat – Rekaan Asimetri Aesop Burner
#StayHomeWithGD – Resipi Sajian Dendeng Balado Dan Siakap Goreng
Inspirasi – Sentuhan Feminin Elegan Katharine Pooley
Mini Perpustakaan Wajib Ada di Setiap Kediaman Moden
Rekaan Hebat – Keselesaan Sofa Zaza

GLAM Deko Libur – 4 Hotel Butik Asia Tercantik

Teks : Suhana Desa

Gambar : Google

 

Kedudukan strategik, seni bina dalaman unik dan berkarakter, reka bentuk landskap alam mempesona, hospitaliti bertaraf lima bintang, senarai hotel butik di empat benua berlainan ini menjadi momen kembara percutian terindah untuk dikenang.

4 of 12

Santhiya Koh Phangan Resort & Spa, Pulau Phangan, Thailand 

  Hotel butik unik dan autentik di pantai Pulau Phangan menyambut kunjungan tetamu dengan dekorasi bertemakan budaya asli Thailand. Santhiya Koh Phangan Resort & Spa, terletak hanya 30 minit perjalanan menaiki bot laju dari pulau Koh Samui, berada di teluk yang tenang di pantai Koh Phangan. Eksklusif setiap bilik dan vila dibina di atas bukit yang menghadap ke arah laut. Dikepung kehijauan hutan hijau, hotel butik ini menawarkan penginapan yang santai dan intim sesuai bersama keluarga, teman atau yang tersayang.
4 of 12

Santhiya Koh Phangan Resort & Spa, Pulau Phangan, Thailand