GLAM Memori: Marina Malek

Oleh: Zuhairie Sahrom

Gambar: Marina Malek, Edmund Lee
 
opening
 
Gadis yang baru berusia 24 tahun ini rancak merencana perniagaannya sendiri. Punya identiti yang tersendiri dengan cita rasa natural nan rustik, barisan kek Baked in Chelsea terus mendapat tempat langsung menerima kritikan positif daripada pelanggan.
 
Sejurus tamat pengajian dalam jurusan Hartanah di kota London, Marina pulang ke tanah air lalu merancang serius label perniagaan kek yang beroperasi secara sepenuhnya melalui online. Baru berusia setahun lebih, usahanya dalam merancang Baked in Chelsea diangkat sebagai inspirasi buat golongan belia hari ini untuk mulanya gadis ini hanya membuat kek secara suka-suka dengan memenuhi permintaan teman rapatnya di London. punya pelanggan yang tersendiri, Marina berpegang dengan prinsip, less is more dan katanya dia tidak pernah memasuki apa jua kelas memasak mahupun membuat kek. Semuanya terlaksana hanya dengan membaca buku-buku resipi mahupun selakkan foto-foto di blog mahupun di majalah kulinari. Trial dan error membanutnya dalam memperagakan barisan menu yang nyata hebat dan setiap darinya dibuat sarat dengan air tangan sendiri.
 
Dari awal sehingga kemasan terakhir, semuanya dibuat teliti oleh Marina sendiri. Berbicara mengenai destinasi percutian terhebat, liburannya kerana segalanya tentang negara biarpun sekadar hidangan barisan makanannya. Kala merancang percutian, gadis ini sebolehnya tidak akan  membawa lebihan muatan bagasi kerana sudahnya berakhir dengan membeli. Antara aktiviti liburan yang tercatat dalam diari kembaranya, sudah tentu dengna bertandang ke dessert cafe. Bertujuan untuk memantapkan lagi ideanya dalam mengolah barisan kek buat labelnya. Marina kini rancak memperagakan siri Floral yang digarap indah dengan menampilkan dekorasi kuntuman bunga segar bersama seleksi pilihan buah-buahan berkualiti. Menurutnya setiap kek dari siri ini digubah mengikut pesona si pembeli yang nyata unik lagi tersendiri.
 

POST A COMMENT