#WorldMentalHealthDay: Tip Atasi Kegelisahan dan Kemurungan

Bersempena sambutan World Mental Health Day, GLAM senaraikan perkara yang anda boleh lakukan untuk bantu mengatasi kemurungan dan kegelisahan dalam kehidupan harian.
 
1428383423750

  1. Sleep is not for the weak

 
Meskipun anda seorang workaholic, anda perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Rehat yang cukup bukan sahaja akan mengembalikan tenaga fizikal, malah menyegarkan minda supaya anda mampu menjadi lebih produktif di tempat kerja. Jadi jangan rasa bersalah jika anda mahu menghabiskan hujung minggu berehat di rumah daripada keluar bersama rakan-rakan. You deserve to rest!
 
2. Read what you love and love what you read
 
Luangkan 10 atau 15 minit sebelum tidur untuk membaca topik kegemaran anda. Ia bukan sahaja dapat meredakan kegelisahan malah membantu anda mencari inspirasi untuk kekal kreatif. Walaubagaimanapun, elakkan membaca sesuatu secara online kerana radiasi dari gajet seperti telefon bimbit akan membuat anda terjaga dan tidak senang tidur.
 
3. Music speaks for the soul
 
Muzik adalah salah satu medium terbaik untuk anda mengekspresikan perasaan anda. Alunkan melodi tenang serta lagu kegemaran, atau keluar nikmati live music bersama sahabat handai!
 
4. Take your time
 
Faktor utama kemurungan adalah apabila jangkaan (expectations) tidak menepati realiti. Namun begitu, anda harus sedar bahawa good things take time. Jadi, ambil masa anda dan cuba nikmati kehidupan sebaik mungkin dengan berfikiran terbuka. Teruskan bekerja keras untuk mencapai impian!
 
5. Talk it out
 
Tidak semua orang mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan tetapi terdapat insan yang ingin membantu di luar sana! Hubungi Befrienders KL atau muat turun aplikasi Vent untuk berkongsi masalah secara anonymous bersama mereka yang benar-benar mengambil berat tentang kesihatan mental anda.

 
Oleh: Lylatul Qadrina

POST A COMMENT