
https://www.instagram.com/onekingslane/
- One Kings Lane
Anda boleh menceduk pelbagai jenis gaya dan ragam dekorasi paling bergaya dan terkini untuk setiap ruang yang ada di kediaman. Tidak hanya memuat naik gambar-gambar dekor, malah video – video DIY, cara menggayakan ruang seperti ruang tamu, reka bentuk sofa, trick bermain corak fabrik boleh dilihat.

https://www.instagram.com/verandahhouse/
2. Verandah House
Dikendalikan oleh mother and daughter duo, Judy Elliott dan Jess Bandiera berasal dari bumi kangaru, Brisbane, Australia. Akaun instagram ini menunjukkan fotografi interior dan seni bina sekitar Australia dalam gaya Queensland. Jenama ini turut memberikan khidmat pakar dekorasi, seni bina dan hias dalaman. Studio reka bentuk Verandah House terletak di 92 Petrie Terrace, Brisbane.

https://www.instagram.com/laureahomefurnishing/
3. Laurea Home Furnishing
Memberikan khidmat ubah suai, seni bina, dekorasi hias dalaman dan kemasan lembut, Laurea Home Furnishing diasaskan oleh Siti Hawa Ismail. Anda boleh melihat hasil-hasil projek kendalian Laurea Home Furnishing dan rekaan perabot dan fabrik. Laurea Home Furnishing juga pakar dalam reka bentuk wood paneling dan wainscoting.

https://www.instagram.com/zeynepshome/
4. Zeynep Home
Ibu kepada 3 orang anak ini meluahkan segala minat dan jiwa pada dunia seni dekorasi menerusi akaun insta ini. Banyak berkongsi mengenai susun atur dan rekaan aksesori hiasan meja trend semasa, Zeynep berbakat dalam table décor setting. Zeynep juga tidak lokek memaparkan dekor kediamannya yang banyak bermain aksesori perak dan tembaga.

https://www.instagram.com/englishhomes/
5. English Homes
Ribuan gambar inspirasi pelbagai sudut kediaman berunsurkan moden Inggeris, klasik Inggeris, rustik English, Inggeris industrial, kolonial Inggeris dan Inggeris kontemporari. Jangan ingat konsep Inggeris hanya bermain motif bunga-bungaan ros merah semata. Akaun ini banyak mengajar bagaimana mencapai the right look of English décor.
Peminat dunia dekorasi dan industri reka bentuk perabot boleh hashtag #glamdekomy untuk apa jua gambar inspirasi dekor menarik dan bergaya seluruh dunia.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
