Teks asal : Suhana Desa
Teks Digital : Shahril Hadi Halim
Video : David Bay
Sentuhan peribadi Ar Md Razin Mahmood, pemilik Razin Architects buat kediamannya yang terletak di Johor Bahru ini menterjemahkan gaya peribadi dan personaliti dirinya. Lokasi yang sedikit tersembunyi dari kesesakkan kota memberikan rasa damai saat melangkah masuk ke sini. Lebih menarik lagi, firma seni bina miliknya beroperasi di unit bersebelahan dan dihubungkan melalui rekaan laman yang menyenangkan.
Memilih suai padan konsep terbuka dan tropika buat seluruh hartanah ini, idea Environment Architecture yakni rekaan yang merangkumkan seni bina dan alam sekeliling sebagai keseluruhan rekaan sememangnya tampil mempersona. Kemasan raw menjadi pilihan untuk kediaman yang dibangunkan ini. Ruang terbuka sejurus memasuki kediaman menjadikan rasa selesa saat bersantai di ruang tamu yang dihubungkan bersama ruang menonton juga ruang makan dan dapur kering.
“Ilham rekaan adalah gabungan unsur seni bina dan persekitaran tropika yang diadaptasi menjadi satu. Elemen raw saya hadirkan untuk kesan lebih asli dan membentuk ruang berkarakter. Ruang lepas bebas, berkonsep terbuka dengan bukaan pintu kaca boleh laras menghidupkan suasana persekitaran tropika yang tenang, damai dan menyegarkan”. – Arkitek Razin
Jelas idea ini turut menjadi penyumbang kepada konsep mesra alam kerana ternyata ia mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dengan wujudnya pengudaraan semulajadi serta sumber cahaya alami. Tingkat atas menempatkan kamar beradu utama serta kamar buat anak-anak dan ruang umum yang dikhususkan untuk mereka menjalankan aktiviti bersama. Lebih menarik, ia terhubung antara satu dengan yang lain menjadikan ruang terlihat lebih mesra dan merapatkan perhubungan seisi keluarga.
Nikmati rakaman video berserta temu ramah eksklusif bersama pemilik yang juga arkitek kediaman mengenai rekaan dan tip kediaman ini.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
