Destinasi – Kualiti Premium Eropah Chesters Collection
Bermula sebagai perniagaan perabot import dan eksport, Chesters Collection berkembang sehingga menaungi 8 jenama perabot bermutu premium serantau Eropah.

Chesters Collection diasaskan oleh James Edison pada 2003 dengan perniagaan import dan eksport perabot bermutu premium. Jenama perabot dari Jerman, Erpo adalah yang pertama dibawa masuk oleh Chesters Collection. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai reka bentuk sistem duduk termasuk sofa, bangku, meja makan, pengcahayaan dan aksesori.

Berpegang pada falsafah – setiap perabot adalah cerminan peribadi dan ekpresi gaya hidup sang penghuni, Chesters Collection menaungi jenama – jenama berkualiti premium seperti; de Sede (Switzerland), Jori (Belgium), Wagner (Jerman), Tonon (Itali), Erpo (Jerman), Draenert (Jerman), Reflex (Itali) dan W. Schillig (Jerman). Chesters Collection menawarkan servis bersifat personal kepada setiap pelanggannya bermula dari pilihan fabrik, jenis kulit, spektrum warna sehingga khidmat nasihat profesional untuk memilih perabot kegunaan residensi atau pejabat.

Pelanggan boleh menempah khas perabot mengikut konfigurasi bentuk dan jenis material yang digunakan bagi menghasilkan estetika reka bentuk perabot unik, praktikal fungsi dan bercita rasa tinggi.

Kunjungi ruang pamer terbaru Chesters Collection di 122, Jalan Maarof, Bangsar. www.chesterscollection.com
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
