
Pameran yang berlangsung di A+ Works of Art
Buat meraikan seni fotografi dan gaya hidup urban, hasil kerja oleh artis terkenal Jepun, Daido Moriyama telah dipamerkan di Galeri A+ WORKS of Art- yang merupakan sebuah galeri seni yang baru dibuka oleh seorang pengumpul karya seni Asia Tenggara, Joshua Lim yang terletak di destinasi seni dan rekaan terkini – d6 Trade Centre di Sentul oleh YTL.
Pameran yang julung kali diadakan ini bertajuk Daido Moriyama : Mapping City diatur oleh Gwen Lee, pengarah DECK (sebuah badan bebas untuk ruang seni di Singapura) merungkaikan minat dan ketrujaan artis ini terhadap ‘kota’ khususnya Tokyo yang dilihat mendominasi karyanya yang bermula sejak tahun 1960an lagi. Pameran ini telah memaparkan seleksi kecil oleh hasil kerja terbaru Moriyama sekitar tahun 2015 dengan pemandangan Tokyo bersama beberapa karya signatur artis ini antaranya ‘Dogh’ dari rangkaian Hunter. seleksi ini manmpilkan 38 helaian cetakan tangan fotografi yang ditandatangan sendiri oleh Daido Moriyama, dihasilkan di Tokyo khusus untuk pameran ini.
Sangat dikenali sebagai figura utama dalam bidang fotografi di Jepun, hasil kerja Moriyama telah mempengaruhi dan meninggalkan impak kepada pembangunan estetik budaya Jepun, dan beberapa jurugambar peringkat dunia. Walau bagaimanapun, pemahaman tentang sumber dan perkembangan tentang dunia fotografi masih lagi samar-samar khususnya di peringkat Asia Tenggara biarpun Moriyama telah berkongsi idea dan dasil kerjanya di institusi serata dunia.

Antara koleksi utama milik Doriyama.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
