Serikan ruang kediaman anda dengan ajnas pilihan kertas dinding yang begitu meluas hari ini. Dengan pelbagai perincian, setiap satunya memberikan rasa berbeza buat menghiasi dinding kediaman. Sama ada gemarkan efek tiga dimensi, bertekstur mahupun rona terang menyengat, setiap satunya memberikan impak berbeza pada penataan.

Pilihan warna kelam ini membangkit misteri namun menyerlahkan sisi elegan pemilik kediaman yang menjadi pilihan buat jenama Christian Lacroix untuk musim bunga/panas ‘18. Kontraskan bersama palet terang mahupun neutral untuk ruang tampil lebih santai dan damai.
Tip
- Penggunaan kertas dinding mampu mencipta ilusi tertentu pada ruang pilihan. Tetapkan gaya yang mahu dikecapi untuk memudahkan anda membuat pilihan kertas dinding.
- Perkara paling penting adalah memeriksa dinding yang digunakan. Dinding yang mengandungi saluran air mungkin memerangkap lembapan dan bakal memberi kesan pada kertas dinding untuk jangka masa panjang.
- Anda boleh menyuai padan kertas dinding dalam satu ruang berbeza. Sama ada padanan polos bersama paten mahupun paten bersama paten, ia sesuatu yang menarik untuk anda cuba.
- Jika mahu menggunakan teknik paten bersama paten, pastikan satu paten lebih dominan dengan paten lain untuk memastikan ia menjadi titik fokal.
- Sentiasa bersihkan kertas dinding untuk memastikan kualitinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Khusus untuk kertas dinding bertekstur, habuk mampu merosakkan permukaan kertas dinding anda.

Osborne & Little, Cervo. Janine
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
