Kediaman – Sentuhan Kontemporari Sejati Residence
Warna-warna pop hangat kuning, hijau dan biru menjadi latar spektrum palet kediaman. Kediaman jenis semi-detached dua tingkat, Sejati Residence di Cyberjaya ini disempurnakan oleh firma reka bentuk Mamyhome Interior Design Renovation. “Lokasi yang dekat dengan tempat kerja di KLIA adalah faktor utama saya memilih kediaman ini. Lagi pula, ramai kawan sekerja yang tinggal di kawasan sama menjadikan saya selesa,” beritahu pemilik yang bekerja sebagai juruterbang. Beliau meletakkan kepercayaan penuh pada Mamyhome untuk menata gaya seluruh ruang kediaman. Mengambil masa hampir tiga bulan untuk disudahkan, kediaman ini tidak melewati sebarang proses renovasi reka pelan asal; hanya penambahan kemasan kayu pada dinding dan binaan ruang dapur kering.

Reka pelan ruang kediaman berkeadaan terbuka tanpa sebarang pembahagi atau dinding pemisah. Ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur kering berkongsi lantai yang sama. “Terdapat beberapa reka pelan lantai berbeza untuk unit-unit kediaman di Sejati Residences, ada yang bersekali courtyard tetapi saya memilih reka bentuk ini kerana berkeadaan lapang langsung tidak menyesakkan mata,” kata pemilik yang mendiami bersama isteri tercinta dan tiga orang anak.
POP KOTEMPORARI
Ruang tamu ditata gaya dalam keadaan konvensional; mempamerkan satu unit sofa tiga tempat duduk polos putih dan meja kopi kayu dilapisi kepingan kaca telus berpotongan moden. Dua unit kerusi berlengan fabrik baldu hijau zamrud membentuk ruang duduk-duduk tambahan. Hamparan permaidani ditempah khas oleh Mamyhome; cetakan corak abstrak biru, hitam dan kuning mustard menghiasi jejak langkah sehingga ke ruang makan. “Pemilik menyatakan warna kegemaran adalah kuning mustard – agar ruang interior tidak kelihatan terlalu strong akibat dominasi warna kuning, kami gandingkan bersama beberapa tona warna mendalam lain yakni hijau dan biru untuk menerbitkan rasa lebih mewah dan elegan sebaik melangkah masuk,” beritahu Amin Yusoff, pengasas Mamyhome.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
