fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kediaman – Monokrom Scandinavian
GLAM Deko PROMOSI – Jun 2016
Palet – Trivia Warna Bayang Kelabu
Trend – Persiapan Menjelang Raya KARE
GLAM Deko Ruang – 20 Inspirasi Paten & Fabrik Langsir

Inspirasi – Idea Penataan Kamar Beradu

Oasis mahligai yang mana setiap penghuni memulakan dan mengakhiri hari-harinya di sini; kamar beraduan. Keselesaan adalah tunggak utama; pemilihan warna, tekstur dan paten tidak boleh diambil remeh kerana bias mempengaruhi mood sang penghuni. Seleksi warna asas hitam putih, corak flora, tropika dan geometri berlatarkan belantara hijau di Tiarasa Escapes Glamping Resort menjadi eksperimen team GLAM Deko kali ini.

Slide untuk lihat gambar.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Katil dibaluti hamparan romantis; set sarung quilt bersekali sarung bantal JÄTTEVALLMO, Ikea dipadankan set sarung quilt dan sarung bantal Foway satin jacquard perak, Laura Ashley. Dua unit kusyen bermotif flora dan merak dihiasi perhiasan jemeki juga dari Laura Ashley. Meja tepi kemilau perak KARE diaturkan pasu kaca telus bersepuh keemasan dari Maison Curio. Dulang Eaton bercorak marmar malachite biru bersekali kaki lilin porselin burung merpati kedua-duanya dari Maison Curio. Hamparan gebar baldu  TRATTVIVA, Ikea menyempurnakan keseluruhan rupa.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse