GLAM Deko Kediaman – Organik Industrial
Penyelaras : Suhana Desa
Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Video : Dennis Kho
Pereka, Azry Fazamy diberi mandat untuk merealisasikan impian pemilik membina kediaman yang sudah lama dibiar tidak berpenghuni. Kali ini, Azry mahu menghidupkan atmosfera organik yang mana, palet kelam diadun bersama material metal, kayu padu dan kulit sebagai paksi kediaman. Manakala, kehidupan hijau semulajadi turut dibawa masuk ke setiap ruang hidup penghuni. Banglo tiga tingkat ini mengekalkan seni bina bahagian luar.
Ruang tamu utama, ruang makan dibina berkongsi lantai yang sama di aras bawah kediaman. Struktur syiling berganda memberi laluan mudah buat udara dan pengcahayaan semulajadi di sekitar kediaman.
Jelas Azry, “Kelemahan reka pelan kediaman ini adalah kewujudan ruang-ruang kosong yang tidak praktikal dan tidak dapat digunakan semaksima mungkin. Jadi saya hapuskan ruang-ruang ini termasuk struktur asal dapur dan bilik utiliti bagi memberi lebih ruang sosial yakni ruang tamu utama dan ruang makan.”
Warna kelabu kelam dengan kesan kemasan simen mentah dipilih bagi membentuk dinding fokal di ruang tamu. Gril gelangsar besi padu menggantikan fungsi langsir dan tirai bertindak menabir cahaya semulajadi di kala siang.
“Gril gelangsar ini cetusan idea Azry kerana saya tidak mahukan langsir sebagai penabir suria kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dan berkala. Gril ini secara tidak langsung memberi impak berbeza pada ruang ini. Malah, saya terpegun melihat hasil akhir,” kata pemilik yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada Azry untuk projek ini.
Sementelah ruang bawah didedikasikan sebagai ruang sosial, aras dua banglo menempatkan kamar beradu utama dan ruang duduk-duduk. Ruang duduk-duduk antara struktur tambahan yang dilakukan oleh Azry. Titik fokal ruang; lukisan hutan tropika memenuhi panel dinding ruang karya, Nik Mohd Hazri.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
