Kediaman – Simfoni Kontemporari 20Trees
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
Kawasan perumahan elit, 20Trees yang terbina sejak 10 tahun lalu di pinggir bukit memberikan pemandangan saujana menghijau bukit Melawati dan Kemensah. Kediaman jenis teres link 3 tingkat ini dimiliki oleh pasangan muda Nadzra Mahmud bersama suami, Dr. Ibrahim Idzham yang baru berpindah masuk sepenuhnya sehari sebelum penggambaran diadakan.
Struktur seni bina moden tropika dipengaruhi oleh persekitaran landskap menghijau dibawa masuk ke dalam kediaman menerusi binaan indoor courtyard. “Asalnya reka pelan courtyard ini dipisahkan oleh binaan pintu lipat (folding doors) dan tetingkap labuh yang mana, kami sepakat untuk menyatukan kegunaan fungsi courtyard ke dalam ruang kediaman,” jelas Nadzra membuka bicara. Limpahan cahaya siang menjadikan visual ruang kediaman lapang dan terbuka. Pilihan jubin geometrik hitam dan putih sebagai permukaan lantai courtyard memberi dimensi unik berkarakter. Susun atur perabot alami rotan daripada jenama tempatan, Rotan Lot diperaga di tengah-tengah ruang.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

