Palet – Trivia Warna Kemilau Permata
Jewel tones adalah tonasi warna-warna pekat batu permata yakni zamrud, delima dan nilam antaranya dalam reka bentuk interior. Relevan diguna pakai untuk apa jua ruang dan kegunaan perabot, padanan warna-warna pop dan bold ini mampu membentuk ruang bernafas eklektik drama.
TRIVIA WARNA
- Satu Ikonik – Hadirkan satu reka bentuk sofa atau kerusi berlengan dalam warna deep seperti hijau zamrud, merah delima atau pink fushcia sebagai permulaan.
- Tonasi Warna – Warna-warna mendalam dan pekat ini boleh dibentangkan dalam satu lapangan tanpa rasa sesak dengan susun atur dan reka bentuk perabot bersesuaian. Pastikan latar dinding tidak mempunyai tesktur terlalu kuat.
- Ruang Pilihan – Tidak tertumpu pada reka bentuk ruang tamu. Spektrum warna permata boleh diaplikasikan pada binaan dapur berpulau, kaunter dapur, rak buku di bilik kerja mahupun meja solek di kamar beradu tetamu.
- Padanan Material dan Fabrik – Pilihan warna pekat dan elegan lebih menyerlah dalam pilihan fabrik jenis berkilau seperti baldu dan satin. Penggunaan fabrik jenis ini boleh digunakan pada sofa, kerusi berlengan dan kemasan lembut untuk langsir dan sarung kusyen.
- Aksesori – Pasu, kelalang, dulang, arca figurin, kaki lilin diperbuat daripada material jenis kaca, kristal, plastik berwarna kelam dan pekat permata boleh diatur menghiasi meja makan, meja kopi atau meja konsol.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cantik
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Fesyen
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Fesyen
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Cantik
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Gaya Hidup
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Gaya Hidup
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Fesyen
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026
Cantik

