fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Inovasi Pelengkap Dapur
Razak Flora Kongsi Petua Dekorasi Majlis
Diari Deko – Ruang Pamer Kedua King Living di Bangsar
GLAM Deko Ruang – 15 Rekaan Siling
Ruang – Idea Warna Ungu

#StayHomeWithGD: 16 Idea Kemas Kini Ruang Penstoran

Inilah masanya untuk memanfaatkan sepenuhnya masa duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dengan aktiviti mengemas ruang kediaman, terutama ruang pakaian dan penstoran yang mungkin sudah lama tidak dipedulikan. Berikut 16 idea untuk menciptakan ruang persalinan atau kabinet pakaian yang selesa dan memudahkan proses penggunaannya yang lebih sistematik, kemas dan cantik.

Slide untuk lihat gambar. 

3 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

  1. Beri keutamaan

Kemas kini seleksi pakaian dan barangan anda. Bahagikan kepada empat bahagian, simpan, mungkin disimpan, derma dan buang. Dilema yang sering kita alami adalah rasa sayang terhadap sesuatu. Jika anda sudah tidak menggunakannya dan hanya tersimpan sahaja, mungkin ia tidak mempunyai nilai yang tinggi secara peribadi. Sebaiknya didermakan atau jika sudah tidak elok, lebih baik dibuang.

3 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse