Stand Together – Bantu Wanita Bangkit Semula #BluIncIWD2020
Wanita mampu lakukan segalanya! Dengan semangat ini, Blu Inc Media meraikan wanita perkasa pada 8 Mac ini melalui filem pendek Stand Together dengan kerjasama Samsung Malaysia, Kose Malaysia dan Fossil Malaysia. Melalui ini, ia diharap dapat memberikan inspirasi kepada wanita untuk bangkit, bersuara dan memastikan suara wanita sentiasa didengari.
Filem pendek yang sarat dengan mesej untuk kaum wanita ini dibintangi aktres terkenal, Jasmine Suraya Chin, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Mesej utama filem ini mahu mengangkat martabat wanita supaya bangkit dalam sesuatu masalah dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Selain daripada filem pendek ini, Blu Inc Media turut menyediakan lima dinding interaktif untuk anda libatkan diri dalam kempen ini di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap dinding mengandungi mesej yang memberikan inspirasi. Kongsikan tentang diri anda dan cari lebih lanjut mengenai diri anda melalui petikan daripada wanita berpengaruh, kata-kata motivasi, serta tinjauan yang mendedahkan pandangan tentang minda dan gaya hidup semasa anda.

Dinding interaktif itu akan berada di sana bermula 6 hingga 22 Mac.
Anda boleh temuinya di lokasi ini:
- Pintu utama, Tingkat Tiga
- Connection, Tingkat Tiga (bersebelahan Quivo)
- Connection, Tingkat Tiga (berhadapan Illy Café)
- Pavilion Elite, Tingkat Empat
- Dining Loft, Tingkat Tujuh

Terdapat juga peraduan untuk anda ambil bahagian dengan hadiah menarik daripada KOSÉ dan Fossil. Ikuti kami di laman media sosial ini untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Tonton filem pendek penuh di bawah ini:
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
