Musim perayaan momen indah diraikan. Kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim bersama. Apabila tetamu tiba di rumah, pastinya tuan rumah mahukan setiap inci ruang kediaman berkeadaan molek dan indah dipandang. Begitu juga aroma di dalam kediaman, pastikan segalanya harmoni. Cuka, serbuk soda bikarbonat dan lemon adalah kunci penghapus bau semulajadi dan mudah.

Rangkaian wangian dan kelalang elektronik rekaan Kartell.
- Dapur
Didihkan seperiuk air bersama 2 sudu besar cuka dan 2 hirisan lemon. Biarkan seketika, apabila air mula mongering, tambahkan air lagi. Cuka bertindak menyerap bau kurang enak di segenap dapur.
2. Peti Sejuk
Tuangkan air rebusan cuka tadi ke dalam mangkuk dan biarkan di dalam peti sejuk. Biarkan selama 1 hari atau sehingga tiada lagi bau busuk dalam peti sejuk.
3. Ketuhar Gelombang Mikro
Panaskan air panas, cuka bersama hirisan lemon di dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit. Campurkan soda bikarbonat, sabun dan air. Tuangkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan di seluruh permukaan dalaman ketuhar. Biarkan selama 5 minit dan lap kotoran ketuhar sehingga bersih.
4. Serangga Perosak
Letakkan helaian daun pandan di sekitar kawasan tong sampah samaada sampah kering atau basah untuk menghalau lipas dan semut. Racik-racikkan daun pandan dan biarkan di dalam mangkuk. Daun pandan akan menebar aroma segar di segenap ruang kediaman. Boleh juga, keringkan hirisan oren, limau nipis dan lemon sebagai penyegar di kediaman.
5. Bilik Air
Pastikan bilik air sentiasa kering dan tidak bertangkung. Suasana lembap dan berair penyebab kulat dan bau hapak terjadi. Masukkan pembersih tandas dan pembasmi kuman dalam tangki pembersih tandas agar pembersihan tandas berlaku setiap kali tandas digunakan. Gantungkan pewangi atau semburan pewangi.
6. Daun Teh
Jika mempunyai haiwan peliharaan, masukkan daun teh di dalam bekas pasir buangan. Daun teh bertindak menyerap bau najis dan menyucikan atmosfera.
7. Bekas Plastik
Bekas simpan makanan seperti plastic juga mempunyai bau tersendiri. Apabila bekas plastik telah dicuci, masukkan beberapa helai kertas surat khabar lama atau kertas terpakai di dalam bekas. Bekas akan bebas bau tidak enak, apabila mahu digunakan.
8. Lilin
Apungkan aroma hangat lilin wangi 1 jam sebelum tetamu tiba. Pilih aroma alam segar berunsurkan asidik, sitrusi untuk menghapuskan bau dengan lebih berkesan.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
