Aksesori Pilihan Sosialit: Elyna Effendi

elyna-effendi

Anting-anting frivole, two butterfly pendant dan cincin two butterfly between the finger dan butterfly clip semuanya dari Van Cleef & Arpels


 
Menakrifkan luxury sebagai sesuatu perkara yang menjadi aspirasi untuk memilikinya meliputi aspek material dan sebagainya. “But it is usually something exceptional, precious and created with a great amount of precision”.
 
Elyna mencintai gaya minimal dan bergantung kepada acara dan jika perlu, barulah dia ke safety box. Dia turut mengingatkan dirinya supaya tidak membawa sama barang berharga sewaktu berpergian kerana pernah satu daripadanya begnya hilang.
 
“Cukuplah travel with something fun and colourful. Saya tidak mahu menyesal lagi”. Elyna amat menyayangi rantai pemberian suami tersayang dari Tiffany & Co. sempena ulang tahun mereka dan rantai vintaj pemberian ibu.
 
Padanya rekaan untuk barang kemas perlu klasik dan praktikal dan boleh digaya untuk hari biasa. Menutup perbualan kami dengan keinginan pada cincin rama-rama dari Van Cleef & Arpels ini yang dipakaikan Elyna.

POST A COMMENT