fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Seni Bina Marina Bay Sands
Libur – Destinasi Kembara Yang Perlu Dilawati
Usaha Pelikan Untuk Mendedahkan Kanak-kanak Kepada Seni Melalui Pertandingan Mewarna
GLAM Deko Januari 2020
Top Time Deus Edisi Terhad Breitling

True Great Gardens of the World

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rado kini memperhalusi ilhamnya dengan tiga model terbaru berbahan seramik dan titanium dalam saiz 40 mm yang runcing. True Great Gardens of the World, masing-masing dihiasi perincian hasil air tangan artisan buat perincian laman dailnya. Namun, kali ini setiap satu modelnya bernadi mekanikal automatik. Kesemua arloji berbalut keindahan alam ini dibentangkan dalam bahan seramik berteknologi tinggi; case, tali gelang dan crown. Secara tidak langsung, meneguhkan posisi Rado sebagai master of materials.

Model pertamanya, dinamai Chapter 1, bersarung case serta tali gelang seramik berwarna firus. Jam hadir berlamankan dail mother-of-pearl dalam rona yang sepadan. Rado menghiasi laman dail dengan elemen organik serta bunga melati yang diberi kemasan seni teknik berkerawang cloisonné. Kemudian, menambah seri femininnya dengan 12 butir berlian sebagai paparan indeks masanya.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse