“Busana pengantin perlu sesuai dengan personaliti si pemakai” – Innai Red
Oleh: Yusairi Fitri

Innai Red menampilkan paduan pereka duo yang berganding bahu dalam menghasilkan helaian label gah ini. Sentuhan Juliani Jamal dan Arene P.Khairudin sentiasa mendapat tempat di hati wanita urban. Kekal hebat dalam rekaan yang mengangkat siluet sebagai keanggunan, eksplorasi perincian turut membuahkan magis yang indah.
Signature Innai Red dalam setiap rekaan?
Juliani: Rekaan Innai Red sering menggunakan tali pinggang pada busana pengantin kerana ia memberikan ia bentuk badan. Busana pengantin kami biasanya sarat rekaan yang menampilkan kemewahan, siluet klasik serta perincian moden. Kami juga meneroka siluet yang pelbagai.
Arene: Potongan busana yang menyerlahkan kewanitaan dan kemasan serta perincian manik yang rumit. Innai Red terkenal dengan gaya feminin dan classy dalam rekaan gaun pengantin dan kami cuba mengekalkan gaya ringkas dengan menambah sedikit sesuatu di setiap pakaian baru yang direka.
Lokasi perkahwinan mempengaruhi keindahan busana, pendapat anda?
Juliani: Benar. Seseorang tidak akan mahu memakai ball gown untuk majlis outdoor seperti pantai, busana meleret pula tidak sesuai untuk tempat yang kecil dan untuk majlis akad nikah di masjid pula sesuai untuk busana yang lebih sederhana.
Arene: Yang pasti, tidak hanya pengantin perempuan, tetapi bagi tetamu. Sentiasa pertimbangkan keadaan cuaca pada hari majlis berlangsung, jika hari cerah, pilih fabrik yang nipis dan lebih ringan.
Bagaimana anda mereka bentuk gaun untuk seorang bakal pengantin?
Juliani: Saya akan mereka berdasarkan personalitinya.
Arene: Proses yang sama. Anda perlu untuk mereka busana yang sesuai dengan personaliti mereka, adalah penting untuk mengenali pelanggan anda terlebih dahulu.
Adakah bajet pengantin menjadi keutamaan anda?
Juliani: Pasti. Busana perkahwinan bukan satu-satunya perkara yang perlu dibelanjakan untuk perkahwinan. Kami akan berbincang dan sentiasa dan mereka busana yang terbaik berdasarkan bajet yang diberikan.
Arene: Do tell your designers your budget, kami sentiasa memberikan nasihat dan pendapat mengenai jenis pakaian dan kain yang boleh disesuaikan dengan bajet anda.
Cabaran luar biasa yang pernah anda hadapi?
Arene: Semua pelanggan busana pengantin kami hadir dengan cabaran tersendiri. Tetapi jika perlu dipilih salah satu, semestinya busana yang digayakan oleh Datin Sabrena dan Datuk Wira sewaktu hari perkahwinan mereka.
Pereka fesyen pilihan?
Juliani: Semestinya, pereka fesyen Elie Saab untuk koleksi couture dan pengantin.
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
GLAM Weddings: Kisah Cinta Sissy Imann Bermula Seb...
GLAM Weddings: Erra Fazira Sah Bergelar Isteri, Ma...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
