Related Stories
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Profil > Hatta Dolmat Berinovasi Dengan Kain Perca
Hatta Dolmat Berinovasi Dengan Kain Perca
Pendedahan terhadap sentimen kelestarian di Malaysia semakin meluas. Namun kesedaran perlu diterapkan lagi dikalangan masyarakat tentang sukarnya melupuskan beberapa bahan yang diproses seperti polister. Keadaan ini membawa kepada kroniknya dunia akibat pencemaran dari hasil buangan pakaian dan bekas kecantikan. Hatta Dolmat, mula menyedari kepincangan menjaga alam sejak dulu lagi. Rumah kampung Hatta di Melaka betul-betul ditepi pantai.
“Sejak dulu saya sukakan nature. Betapa kesalnya melihat pengunjung buang sampah merata-rata. Saya mengambil tanggung jawab mengajak anak-anak saudara mengutip sampah di sepanjang pantai sampai sekarang,” ujar Hatta Dolmat. Nama Hatta Dolmat memuncak naik pada 2005 selepas bekerjasama dengan pelakon Fasha Sanda dan penyanyi Jaclyn Victor. Kemudian menjelang 2007, Hatta mendapat tempat ketiga di rancangan Project Runway Malaysia. Terjentik kesedaran pentingnya kelestarian di arena fesyen adalah ketika Hatta menyertai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada 2015.
https://www.instagram.com/p/CjkHcOnPiX1/?hl=en
Ketika itu lagi Hatta punya fabrik cetakan digital sendiri. Akibat belanja terlalu mahal, dia malah menyimpan kain perca daripada material tersebut. “Kalau koleksi 30 busana pun telah meninggalkan kain perca yang banyak, cuba bayangkan sisa kain perca sesebuah produksi besar. Pasti lebih banyak. Menyedari itu saya mula produktif melakukan upcycle. Saya mula buat beg pouch, fail, topi dan sebagainya.”
https://www.instagram.com/p/Ch8X5W0hcqV/?hl=en
Hatta Dolmat Kerjasama Dengan Kloth Cipta Kain Mesra Alam
Hatta mula menyuntik kelestarian di dalam rekaannya dengan Kerjasama SW Corp dan Kloth secara serius sejak 2020. Kali ini Hatta menggunakan material recycle untuk pertunjukan KLFW. Kain-kain dibekalkan oleh Kloth telah diproses. Lalu terhasillah material bercorak monogram. “Pada awalnya, gandingan bahan 30 peratus kain kapas dan 70 peratus plastik menghasilkan material kurang serapan warna. Jadi hasil warnanya tidak seperti saya inginkan. Banyak kajian dilakukan dan setelah menggunakan 100 peratus bahan plastik barulah kain diproses berhasil menyerap warna seperti saya inginkan,” terang Hatta tidak pernah putus asa. https://www.instagram.com/p/CkP1dX_P-9r/?hl=en Katanya lagi, masih ramai organisasi kurang pendedahan tentang kelestarian. Kalau dia tidak mulakan, siapa lagi akan menggerakkan inisiatif ini. Kini terdapat organisasi yang mula membuka mata dan berminat untuk menyertainya di dunia kelestarian. Bagi Hatta ia perkembangan yang cukup memberangsangkan. Selain fesyen, Hatta turut menghasilkan produk perabot kelestarian bersama pereka Azry Fazamy. Material kemasan lembut produk dekorasi HD Home menggunakan kain diproses Hatta Dolmat tadi. HD Home bakal dilancarkan dan menemui penggemarnya tidak lama lagi. Baca lanjut dalam GLAM Mac 2023. Artikel Berkaitan: Hatta Dolmat Menjulang Kesedaran Sustainable FashionSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingka...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 07, 2026
Shu Uemura Perkenal block:booster charged up ̵...
BY Syafiqah Alkaf
Mar 19, 2026
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
BY Maya Kusuma
Feb 23, 2026
8 Wanita Paling Berpengaruh di Asia Tenggara 2025
BY Maya Kusuma
Dec 04, 2025
Mimifly, Sophia Liana & Aliana Azizi: Beyond ...
BY Maya Kusuma
Nov 24, 2025
Kenali Miss Universe Malaysia 2025, Kisah Inspiras...
BY Maya Kusuma
Nov 19, 2025
Ini 6 Pertunangan Selebriti Terkenal Pilihan GLAM
BY Maya Kusuma
Oct 20, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
