Seven Ways Dengan Tata Gaya Infiniti!
Retorik: Dari Resam Timbulnya Hormat – oleh Daphne Iking
Latina Queens, Jennifer Lopez dan Shakira Bakal Gamatkan Superbowl Half-Time Show
Diari Deko – Program Cuti Sekolah Explore, Play & Learn Di Royal Selangor
Datin X : Privilege Flaunting Di Era Coronavirus

Heal Your Body And Mind

Tiada yang lebih bermakna jika dapat bercuti dan meluangkan masa berdua bersama pasangan. Jika punya peluang, tiada salahnya anda meninggalkan anak bersama penjaga atau keluarga dan pergi berlibur walaupun hanya sebentar. Wajar untuk ibu bapa merasa bersalah kerana berlibur meninggalkan anak-anak, tetapi ada manfaat yang lebih besar buat diri anda.

Terkadang suami isteri juga perlukan waktu sendiri dan suasana privasi bagi bisa mengeratkan semula hubungan. Tidaklah bermaksud bahawa anak itu mengganggu malah anak juga mungkin memerlukan masa tanpa ibu bapa. Ketika berlibur, anda berdua mempunyai masa untuk membicarakan tentang hati masing-masing tanpa gangguan malah mengimbau kenangan dahulu sewaktu bercinta. Tidak perlu berlama-lama cukup dua atau tiga hari jika masih bimbang meninggalkan anak di rumah.

Bukan itu sahaja, anda dan pasangan juga perlukan masa untuk merehatkan minda tanpa kekusutan masalah di pejabat dan rumah. Dengan berpergian bersama pasangan, anda bisa merawat semula diri dan melupakan sementara masalah yang ada. Penting untuk suami isteri mendapatkan time off  daripada anak demi kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Berikut adalah antara selebriti yang mengambil sedikit masa untuk berlibur tanpa anak-anak mereka.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Vivy Yusuf Pengasas kepada FashionValet dan jenama dUCk ini baru sahaja kembali dari Korea Selatan setelah menghabiskan masa tiga hari berlibur bersama suami, Fadzarudin Shah Anuar tanpa anak-anak sempena hari jadinya yang ke-32 tahun. https://www.instagram.com/p/B6GAm54gOX8/
3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse