Loading media...

Unable to load content
Tonton The Fondation Louis Vuitton Dari Rumah Anda!
Sembang Raya Bersama Calvin Thoo
Walaupun Masih Muda, Raeesa Sya Dan Rita Sosilawati, Sudah Pun Mendominasi Dunia Kecantikan Tanah Air
Get #InBedWithGLAM, Malam Nan Sensual Most GLAM 2017
Kylie Jenner Akhirnya Membongkar Kisah Sebalik Sumpahan Kardashian
Home > Personaliti > Apa Siapa Di Mana? > Latina Queens, Jennifer Lopez dan Shakira Bakal Gamatkan Superbowl Half-Time Show

Latina Queens, Jennifer Lopez dan Shakira Bakal Gamatkan Superbowl Half-Time Show

Saban tahun, persembahan separuh masa acara suka gilang gemilang dan paling dinantikan, Super Bowl pasti akan mengundang uja dan resah penonton. Manakan tidak, acara sukan tahunan yang ditonton hampir 98 juta penonton itu  cukup dinanti-nantikan terutama sekali apabila berbicara tentang siapa yang bakal membuat persembahan ketika half-show nanti.

Kali terakhir kumpulan Maroon 5 membuat persembahan untuk tahun lepas, dan baru-baru ini. Queen of Latinas, kedua-dua Jennifer Lopez dan Shakira dijadualkan bakal membuat persembahan bersama-sama di atas satu pentas. Nyata pengumuman tersebut mengujakan setelah mendapati kedua-dua mereka nyata punya aura malah stage presence yang mengagumkan!

Menerusi kenyataan,  kedua-duanya penyanyi hebat ini bakal beraksi pada 2 Februari ini di Hard Rock Stadium, Miami.  Untuk pengetahuan, persembahan dengan paling banyak tontonan adalah ketika Katy Perry membuat persembahan pada tahun 2015 dengan 120.7 juta penonton. Jadi, bagaimana pula dengan jumlah tontonan untuk Jlo dan Shakira. We just wait and see!