Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM
Ini 5 Tip Untuk Bakal Pengantin Tampil Berseri Atas Pelamin
Makeover Hari Raya Aidiladha, Gaya & Warna Rambut Baru MetaMorph!
Cetus Evolusi Seni Dandanan Rambut
Kecantikan Androgini Kristen Stewart
Home > Cantik > Strategi Hindari Kedutan Pada Wajah

Strategi Hindari Kedutan Pada Wajah

Glam19385Gambar: Eric Chow/GLAM Mac 2016

  Sudah menjadi trend, krim anti penuaan menjadi produk mesti milik juga rawatannya mencipta obsesi wanita untuk kekal muda. Untuk melambatkan kesan masa pada kulit anda, GLAM sarankan amalan ini!   PENGAMBILAN IKAN/OMEGA Pakar mengatakan bahawa asid lemak menyuburkan kulit dan menganjalkan kulit agar lebih muda.   KACA MATA Terlebih guna otot muka kala membuat ekspresi yang sama berulang kali boleh membentuk alur di bawah permukaan kulit. Guna cermin mata ketika membaca dan cermin mata hitam untuk melindungi sekitar mata.   ALPHA-HYDROXY ASID (AHA) Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan kemunculan liang roma, garis-garis halus dan kedutan permukaan, terutamanya di sekitar mata. AHAs membantu meningkatkan pengeluaran kolagen.   DON’T OVER WASH Usah membasuh muka terlalu kerap, wash your face too often, and you wash away its protection. •   SOYA Untuk kulit Soya boleh meningkatkan penampilan kulit anda dan mungkin juga melindunginya. Kajian menunjukkan soya digunakan untuk kulit atau diambil sebagai makanan tambahan boleh membantu melindungi atau menyembuhkan beberapa kerosakan akibat selaran matahari. Dan ia juga telah dibuktikan untuk memperbaiki struktur kulit dan ketegasan.   KOPI Kajian mendapati koko mempunyai dua anti oksidan (epicatechin dan catechin) melindungi kulit daripada kerosakan matahari, aliran darah bertambah baik ke sel-sel kulit, menghidrat, membuat kulit lebih licin dan lembut.   AMALAN ASAS Gunakan pelindung matahari juga kenakan pakaian pelindung matahari. Jangan merokok dan usah lupa menyapu pelembap muka setiap hari.