Apa Itu Hiperpigmentasi & Cara Terbaik Merawatnya
Hiperpigmentasi terjadi apabila kulit anda menghasilkan lebih banyak melanin daripada biasa. Ia boleh berlaku pada semua jenis kulit yang mana ia muncul sebagai tompok-tompok pada kulit dalam warna yang gelap.
Tompok-tompok ini hadir dalam saiz yang berbeza dan boleh berkembang di seluruh badan, bukan pada muka sahaja. Faktor risiko terbesar untuk hiperpigmentasi termasuk kulit yang terdedah kepada matahari terlalu lama serta keradangan, kerana kedua-dua situasi boleh meningkatkan pengeluaran melanin. Semakin lama pendedahan kulit anda kepada matahari, semakin tinggi risiko peningkatan pigmentasi kulit.
Hiperpigmentasi juga boleh berlaku kerana keradangan kulit akibat kecederaan, luka, melecur, jerawat, atau lupus.
Jenis-Jenis Hiperpigmentasi
Tahukah anda bahawa hiperpigmentasi hadir dalam pelbagai jenis? Semak senarai di bawah agar anda dapat memahami kondisi kulit ini dengan lebih baik.1. Hiperpigmentasi akibat kerosakan matahari
Ini adalah tompok-tompok kecil dan gelap yang biasanya hadir pada tangan, muka, dan juga bahagian tubuh lain. Ia terjadi kerana kulit terdedah kepada matahari terlalu lama.
2. Freckles
Freckles juga adalah sebahagian daripada hiperpigmentasi. Ia adalah bintik-bintik kecil berwarna coklat yang biasanya tumbuh di muka, lengan dan belakang badan. Mereka yang memiliki freckles biasanya mempunyai kulit pucat dan rambut merah yang juga memiliki gen varian MC1R.
3. Melasma
Melasma kelihatan serupa dengan bintik-bintik penuaan tetapi ia adalah bahagian kulit yang lebih gelap yang berlaku akibat perubahan hormon. Melasma juga sering muncul semasa kehamilan, namun usah risau ia akan hilang sebaik sahaja anda bersalin dan hormon kembali normal.
4. Hiperpigmentasi selepas keradangan
Keadaan kulit ini kelihatan sebagai tompok dan bintik-bintik perang, coklat gelap, malah biru-kelabu pada kulit. Penyebab hiperpigmentasi selepas keradangan biasanya kerana jerawat dan ekzema. Oleh itu, jangan sesekali picit jerawat anda. Sebaiknya pakai acne patch untuk kecutkan jerawat sebaik mungkin.
Punca Hiperpigmentasi
Penyebab umum hiperpigmentasi seperti yang GLAM sebut tadi adalah kerana pengeluaran melanin yang berlebihan. Melanin adalah pigmen yang memberikan warna pada kulit. Ia dihasilkan oleh sel kulit yang dipanggil melanosit. Ada beberapa keadaan atau faktor yang berbeza boleh mengubah pengeluaran melanin dalam badan anda termasuk pengambilan ubat-ubatan tertentu, perubahan hormon semasa kehamilan, dan pendedahan matahari berlebihan. Hiperpigmentasi mungkin boleh kekal seumur hidup. Namun begitu, ada rawatan yang boleh membantu untuk membersihkan beberapa bintik hitam dan mengurangkan warnanya. Tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau setahun untuk bekerja dan bintik-bintik boleh muncul dari semasa ke semasa, terutamanya jika anda tidak memakai krim pelindung matahari dengan kerap.Perkara Lain Yang Boleh Menyebabkan Hiperpigmentasi
- Genetik, seperti keluarga yang mempunyai freckles.
- Perubahan hormon, seperti semasa akil baligh atau kehamilan.
- Kecederaan pada kulit (contohnya, jerawat, luka atau terbakar), yang kadang-kadang dipanggil hiperpigmentasi selepas keradangan.
- Tidak mendapat cukup vitamin tertentu, seperti B12 dan asid folik.
- Kerosakan matahari (bintik-bintik ini sering dipanggil solar lentigines).
- Gangguan tiroid.
Cara Mencegah Hiperpigmentasi
Walaupun tidak semua hiperpigmentasi boleh dielakkan namun terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah hiperpigmentasi:- Elakkan cahaya matahari berterusan: Cuba elakkan diri daripada pendedahan matahari pada waktu puncak 10 pagi hingga 2 petang. Duduk di bawah payung atau di tempat teduh apabila anda berada di luar untuk meminimumkan pendedahan matahari.
- Gunakan Vitamin C dalam rutin harian: Vitamin C ialah antioksidan yang kaya dengan nutrien. Ia juga terkenal dengan keupayaan untuk mencerahkan kulit dan anti-penuaan. Vitamin C berkuasa untuk meneutralkan radikal bebas dan mengehadkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan.
- Gunakan SPF: Pilih krim pelindung matahari yang sekurang-kurangnya SPF 15 dan gunakan setiap hari. Walaupun pada musim yang sejuk atau mendung, SPF perlu digunakan juga untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya.
Cara Merawat Hiperpigmentasi
Ada beberapa cara untuk merawat hiperpigmentasi sekiranya ada dapati bintik-bintik ini muncul pada kulit anda. Ini termasuk penggunaan:
Foto: Freepik
- Face Acid: Asid muka atau asid kulit berfungsi dengan exfloliate lapisan atas kulit anda. Setiap kali anda exfloliate kulit anda, sel-sel kulit baru muncul untuk menggantikan yang lama. Proses ini membantu menyekatakan tona kulit anda dan menjadikannya lebih licin secara keseluruhan.
- Retinol: Retinol adalah salah satu bahan yang paling banyak diperkatakan pada zaman ini. Retinol boleh membantu dalam mengurangkan bintik-bintik pigmentasi gelap dengan mempercepatkan perolehan sel kulit secara semula jadi.
- Niacinamide: Juga dikenali sebagai vitamin B3, bahan penjagaan kulit yang berkuasa ini telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik-bintik hiperpigmentasi dan dapat memberikan tona kulit yang sekata.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
