Sajian Gucci Osteria
Seni Bina Futuristik The Philharmonie de Paris
Sajian – Resipi Istimewa Selebriti dan Chef Sempena Aidiladha
Santapan Lazat Meraikan CNY Di Sunway Putra Hotel
Sejenak – Idea Mudah Home Makeover

Inspirasi: 5 Aplikasi Dekorasi Pilihan

Idea mereka bentuk dan menghias ruang kediaman kini lebih menyeronokkan dengan hanya menggunakan aplikasi yang tersedia di telefon pintar anda. Aplikasi pilihan GLAM Deko ini membantu anda melalui setiap bahagian proses mereka bentuk dan menghias kediaman dengan lebih mudah. Ia juga menyediakan akses kepada satu set aplikasi tentang gambaran keseluruhan dekorasi yang mempengaruhi perubahan pada ruang kediaman. Aplikasi ini membolehkan anda meneroka pelbagai alternatif, membantu anda menyusun konsep, seterusnya menentukan susun atur ruang dengan tepat dan sempurna. Dan akhirnya menyiapkan keseluruhan lakaran idea dan gambaran ruang dengan perincian seperti yang dinginkan.

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Home Design 3D Gold Aplikasi ini menyediakan lakaran 2D dan 3D dengan memberikan gambaran secara jelas untuk hasil yang bakal anda perolehi pada dekorasi keseluruhan ruang pilihan. Ia adalah aplikasi reka bentuk dalaman terbaik yang dapat membantu anda dalam menyediakan visual ruang kediaman yang cantik dan menarik.
2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse