5 Acara Larian Paling Ditunggu di Malaysia Wajib Disertai Untuk Pecinta Fitness
GLAM Reviu: Terapi Tubuh Hebat Untuk Berat Badan Ideal Kekal Lebih Lama
Kate Middleton & Meghan Markle Bakal Bersatu
10 Perpisahan Selebriti Tahun 2016
Invito Pericoloso by Karl Lagerfeld
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Sajian Gucci Osteria

Sajian Gucci Osteria

Wear Gucci, Eat Gucci. Gucci Osteria merupakan sebuah restoran yang mewah daripada rumah fesyen Gucci, dalam bertemakan konsep experiential museum-retail; berpusat di tengah-tengah kesibukan kota Florence, Italy. Chef Karime López (Chef de Cuisine di Gucci Osteria di Florence) kini berkongsi dua resipi mudah daripada menu restoran ini sendiri. Hidangan bernama Lucky Fennel merupakan sajian pasta linguine dengan krim sayur adas (fennel); dan Pollock juga menggunakan pasta buatan sendiri dengan filling lazat. Menarik tentang sajian Pollock ini kerana bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut cita rasa sendiri. Tentu sekali Chef Karime López memastikan resipi ini mudah untuk dicuba di rumah!  

1. LUCKY FENNEL

Photo: Gucci Osteria

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (UNTUK DUA HIDANGAN): Sayur Adas untuk Krim – 4 Hirisan Sayur Adas – 2 Udang 2 Sayur Adas Liar (Wild Fennel) – 200 g Pistachio – 20 Lemon – 1 Minyak Lemon Minyak Benih – 400 g Minyak Zaitun Ekstra Virgin Garam Linguine (Pasta) – 100 g   PROSEDUR UNTUK KRIM (GRAVY) Basuh dan potong sayur adas yang kasar, stimkan pada suhu 90ºC  selama 2 jam. Keluarkan sayur adas setelah direbus dan pukul dengan minyak zaitun ekstra virgin dan garam sehingga lembut. Keluarkan minyak berlebihan dengan penapis chinois untuk mesh krim yang halus.   PROSEDUR UNTUK MINYAK WILD FENNEL Pukul 400 g minyak biji dengan 200 g adas liar. Kemudian panaskan minyak dalam periuk dengan suhu 80ºC. Tapis minyak menggunakan sac à poche dan kemudiannya dengan penapis chinois untuk tekstur mesh lebih halus.   PROSEDUR UNTUK PISTACHIO Bakar kacang pistachio dalam ketuhar pada suhu 190ºC selama 4 minit. Lalu pukul pistachio menggunakan mikroplane.   PROSEDUR HIDANGAN Masak pasta linguine dalam air dan larutan garam selama 5 minit. Tuangkan linguine dan masukkan ke dalam kuali selama 3 minit, tambah krim adas dan minyak lemon untuk ekstra berkrim. Tambah perisa adas yang mentah dan halus dengan minyak adas liar. Tambah perisa pada udang dengan minyak zaitun ekstra virgin, kulit lemon yang dipotong kepada 6 keping.   PLATING Taburkan pistachio yang diparut pada pinggan, dan letakkan pasta linguine di atas. Masukkan 6 ekor udang, serbuk pistachio lain dan adas halus. Hiaskan hidangan dengan daun adas liar.  

2. POLLOCK

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN (UNTUK DUA HIDANGAN): Sos Tomato Datterino Tomato Datterino Kuning – 100g Minyak Zaitun Ekstra Virgin –  2 Sudu Bawang Putih Dipotong Secara Kasar (Brunoise) – 5 g Basil – 2 daun Garam Halus Panaskan minyak untuk menggoreng bawang putih dan daun basil, tambah tomato dan masak selama 20 minit, pukul dan tambah garam halus.   Sos Lada Merah Lada Merah – 100g Minyak Zaitun Ekstra Virgin –  2 Sudu Bawang Putih Dipotong Secara Kasar (Brunoise) – 5 g Daun Laurel – 1 Garam halus Bakar lada merah tanpa biji selama 40 minit dalam ketuhar pada suhu 180 darjah, kupas dan panggangnya dalam kuali dengan sedikit minyak, bawang putih dan daun laurel. Keluarkan daun laurel dan kacau lada sehingga menjadi sos, masukkan garam secukup rasa.   Sos Chard Sayur Chard – 100g Air Garam Halus Rebus sayur chard dengan teknik blanch selama 2 minit di dalam air masin dan sejuk, menggunakan air sejuk atau ais. Asingkan separuh untuk hidangan dan separuh lagi dipotong dan dicampur dengan air masak sehingga ia menjadi sos. Letakkan garam secukup rasa.   Sos Bechamel Susu – 250g Tepung Jagung – 15g Mentega- 25g Macis – 2 g Reneh susu bersama macis untuk mengeluarkan rasa. Secara berasingan, sediakan asas mentega dan tepung jagung, kemudian tuangkan susu tadi, dan pukul sehingga ia menjadi sos, juga letakkan sedikit garam secukup rasa.   Cakera Pasta Tepung Gluten Free (atau tepung serbaguna) – 100g Telur – 1 Campurkan tepung dengan telur dan biarkan berehat, sambil ditutup dengan cling wrap selama 30 minit. Tebarkan adunan kepada saiz ketebalan 1 milimeter, dan potong doh ke saiz yang dikehendaki, masak di dalam air masin selama 2 minit.   Inti Keju Ricotta – 50 g Potongan Sayur Chard – 50g Minyak Zaitun Ekstra Virgin – 10g Garam Halus Kacau dalam mangkuk dan sajikan secara panas.   PLATING Masukkan cakera pasta pada pinggan yang bersesuaian, tambah inti dan tutup dengan lapisan cakera pasta yang kedua. Akhirnya, tuang semua sos suam dengan cara yang artistik, gaya Jackson Pollock.