Loading media...

Unable to load content
Empat Gadis Stella McCartney
Tyra Banks Kembali Kepada ANTM & Tiada Lagi Had Umur
Runway Muslimah Pecah Tradisi Minggu Fesyen New York
Laporan ‘Magazine Cover Diversity’ Tahun 2016: Masa Depan Cerah Untuk Dunia Fesyen
Fazura dan Fattah Amin Redha Menelan Kritikan Angkara Cemburu
Home > Uncategorized > Irina Shayk Dikecam Kerana Foto Terbarunya Di Instagram

Irina Shayk Dikecam Kerana Foto Terbarunya Di Instagram

Ianya menjadi impian semua ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing selepas 9 bulan hamil dan nampaknya ada yang tidak berpuas hati denga model Irina Shayk ikutan foto yang dikongsikannya baru-baru ini.

 

Pre-sunset ?? #currentsituation

A post shared by irinashayk (@irinashayk) on

Shayk yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung Lea de Seine bersama pasangannya, Bradley Cooper, beberapa minggu yang lalu telah berkongsi sekeping foto di Instagramnya yang menggambarkan model Victoria’s Secret itu sedang berehat di atas sebuah pelampung dalam kolam renangnya sambil memakai bikini hitam.

 

Dia juga turut meletakkan kapsyen “#currentsituation” untuk memberitahu pengikut-pengikutnya bahawa ini merupakan gambar selepas dia bersalin.

 

Bahagian komen Shayk bercampur baru dengan beberapa orang memuji keupayaannya untuk kembali ke tubuh langsingnya hanya beberapa minggu selepas bersalin. Manakala ada juga yang mengecam model dan mempersoalkan kenapa dia memilih foto ini dan bukan foto bayinya?

 

Satu sahaja persoalan kami di GLAM: What is the problem here?