It’s Here! Gucci Beauty Store Bakal Tiba Di Malaysia
Buat penggemar kecantikan, ini adalah berita baik buat anda! Gucci Beauty Store ini bakal tiba Malaysia pada 1 Disember ini. Pada bulan Mei yang lalu, Gucci Beauty telah membuat kemunculan kembali dengan koleksi terbarunya di bawah manifesto kecantikan oleh Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele.

Menyampaikan mesej baru kepada industri dan mereka yang memakai solekan, kempen yang menampilkan koleksi pertama Alessandro Michele ini diberi nama Lipstick Chapter 1. Ia mempunyai 58 rona warna gincu bibir yang dicipta dalam tiga jenis kemasan yang berbeza. Dengan hanya RM 152 bagi setiap satu serta pilihan antara gincu bibir dengan kemasan Satin, Sheer dan Balm ini sudah pasti semua wanita ingin memiliki gincu ikonik ini.
Khas dengan pembukaan Gucci Beauty store di Malaysia juga bakal mempersembahkan dua gincu edisi terhad bagi perayaan Krismas akan datang. Koleksi edisi terhad The Lunaison Lipsticks ini hadir dengan kemasan glitter dan gambar kempen dirakam berlatarkan istana musim sejuk ini bakal dijual dengan harga RM 167 bagi setiap satu. Jadi jangan lupa kunci tarikh 1 Disember di Suria KLCC bagi pembukaan Gucci Beauty Store nanti!
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

