GLAM Reviu: Kami Cuba Rawatan Rambut Mewah Bersama Oribe
GLAM berpeluang untuk mencuba rawatan rambut mewah menggunakan produk rambut kegemaran ramai selebriti Hollywood, Oribe. Ayuh ikuti pengalaman kami di Hair Zone Studio by Michael Poh, MyTOWN Shopping Centre.
Melangkah masuk ke salon rambut Hair Zone Studio by Michael Poh yang bertempat di MyTOWN Shopping Centre ini ibarat menjejaki istana indah. Sangat selesa dan penuh privasi. Setiap ruang didekorasikan cukup menawan, membuatkan saya tidak sabar untuk memulakan rawatan rambut. Lebih istimewa, kali ini saya berpeluang mencuba produk daripada Oribe. Oribe sememangnya jenama yang amat popular di Amerika Syarikat dan menjadi kegemaran banyak selebriti terkemuka antaranya J-Lo, Lana Del Ray, juga Meghan Markle.
Ingatkah lagi anda pada gaya rambut blow dry ikonik Cindy Crawford, ponytail J-Lo di kulit album ‘On the 6’ dan juga gaya kebanyakan dandanan rambut peragawati ketika era akhir 90-an? Itulah hasil seni tangan Oribe Canales, yang juga Pengasas jenama penjagaan rambut Oribe ini. Dia menyalinkan cinta dan ilmunya terhadap dunia dandanan rambut menjadi sebuah empayar bisnes produk yang sememangnya hebat dan berkualiti tinggi. Mula dilancarkan pada tahun 2008 bersama Pengasas Bersama Daniel Kaner, produk mereka mula mendapat perhatian dan kini menjadi antara produk penjagaan mewah yang digunakan di kebanyakan salon berprestij seluruh dunia.
Best Hair Moment Di Grammys 2024!
GBC Love Wellness: Transformasi Diri Secara Holistik & Eksklusif
SZA Melancarkan Koleksi Lip Gloss Eksklusif Pilihannya
The Ordinary Lancar Butik Ketiga Di IOI City Mall, Putrajaya
Trend Solekan Bakal Jadi Hit Tahun 2023
Meet The ‘It’ Bag That Celebrities Can’t Stop Carrying!
Ingatkah lagi anda pada gaya rambut blow dry ikonik Cindy Crawford, ponytail J-Lo di kulit album ‘On the 6’ dan juga gaya kebanyakan dandanan rambut peragawati ketika era akhir 90-an? Itulah hasil seni tangan Oribe Canales, yang juga Pengasas jenama penjagaan rambut Oribe ini. Dia menyalinkan cinta dan ilmunya terhadap dunia dandanan rambut menjadi sebuah empayar bisnes produk yang sememangnya hebat dan berkualiti tinggi. Mula dilancarkan pada tahun 2008 bersama Pengasas Bersama Daniel Kaner, produk mereka mula mendapat perhatian dan kini menjadi antara produk penjagaan mewah yang digunakan di kebanyakan salon berprestij seluruh dunia.
Pengalaman Rawatan Rambut Oribe di Hair Zone Studio by Michael Poh
Saya disambut mesra dan terus dibawa duduk ke satu ruang yang lebih berprivasi dan selesa. Setelah itu, saya diterangkan satu persatu tentang keistimewaan produk Oribe dan ternyata saya sudah mula jatuh cinta. Proses rawatan rambut dimulakan dengan sesi urutan kulit kepala dan bahu menggunakan Oribe Dessertland Restorative Body Crème. Saat krim ini disapu pada kulit kepala, serta-merta harumannya menusuk halus di hidung. Bauannya yang amat menenangkan, dengan suntikan bau adunan almond manis, minyak starflower, meadowfoam, minyak zaitun, jojoba dan shea butter membuatkan diri terasa tenang saat menyarungnya.
Gambar: Instagram Oribe
Sesudah itu, rawatan diteruskan lagi dengan sapuan exfoliating scrub. Ini kerana sebelum memulakan rawatan, kami juga telah menjalani sesi konsultasi terlebih dahulu. Saya berkongsi tentang keadaan terkini rambu dan kulit kepala. Ternyata, kulit kepala saya memerlukan penjagaan ekstra. Maka, sapuan skrub dilakukan bagi mencuci kulit kepala agar lebih bersih dan segar. Kerana saya juga sering menagalami masalah rambut berminyak, mereka menyarankan saya untuk menggunakan syampu Oribe Serene Scalp Oil Control Shampoo. Antara produk Oribe yang perlu anda cuba adalah Gold Lust Transformative Masque. Ia mampu membantu mengembalikan rambut sihat dan sangat sesuai buat anda yang memiliki rambut rosak dan kering. Rambut saya yang juga berwarna turut menjadi punca mengapa rambut saya kelihatan tidak bermaya dan tidak sihat. Maka, sarungan pupur ini serta-merta mengembalikan keserian rambut dan membuatkan rambut menjadi sihat kembali. Dengan adanya intipati seperti ekstrak melur, teh putih, baobob juga bahan teknologi seperti bio-restorative complex daripada jenama ini menjadikan setiap helaian rambut lebih lembut.
Gambar: Instagram Oribe
Sesudah selesa proses mencuci, kulit kepala saya disembur dengan Serene Scalp Oil Control Treatment Mist. Disembur pada rambut separa basah dan kemudian diurut agar serapan produk tadi lebih berkesan pada kulit kepala. Kemudian rawatan diakhiri dengan sapuan minyak rambut, Gold Lust Nourishing Hair Oil. Minyak mewah ini amatlah ringan dan mudah serap kedalam setiap helaian rambut yang separa basah tadi. Diperbuat daripada adunan mewah bunga melur, edelweiss, laici, sandalwood, cassis, bergamot dan ekstrak argan membuatkan rambut kekal terlindung, lebih kuat dan lembut. Sapuan minyak ini melengkapkan lagi hasil rambut yang lebih bersinar dan sihat walaupun rambut saya sebelum ini kelihatan kering dan tidak bermaya.
Penulis bersama Michael Poh, Pemilik salon Hair Zone Studio by Michael Poh
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
