Tip Makan Angin Di Hong Kong
GLAM MEMORI: Tengku Azura Safiyuddeen
GASTRONOMI GALORE!
Senarai Legenda Tamadun Dunia
GLAM Memori: Tunku Nadia Naquiyuddin
Home > GLAM Life > Jiwa Merdeka

Jiwa Merdeka

Sempena sambutan kemerdekaan ke-59, GLAM senaraikan lima filem yang mempunyai unsur patriotik untuk suapan jiwa merdeka.  
  1. Ola Bola
Klips.my Filem ini mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem arahan Chiu Keng Guan ini dibintangi JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee.   2. Talentime Talentime_poster Talentime ialah sebuah filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar kebudayaan seumpamanya. Filem ini dibintangi barisan pelbagai kaum iaitu Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor dan Mohammad Syafie Naswip.   3. Embun embun Embun adalah filem berlatarkan zaman penjajahan Jepun berunsurkan drama, peperangan dan romantisme. Filem arahan Erma Fatima ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya.   4. 1957: Hati Malaya qf9tbrxw Filem ini memaparkan kronologi sejarah kemerdekaan yang dibintangi Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim. Hati Malaya menyuntik semangat patriotisme melalui pengorbanan semua kaum dalam membentuk Tanah Persekutuan.   5. Leftenan Adnan Leftenan_Adnan Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II meskipun pada awalnya hasrat beliau untuk menjadi seseorang tentera tidak direstui ibubapa. Ia diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario.