Joe Flizzow Mengangkat Nama Malaysia di MTV EMA 2018

Sudah hampir dua dekad menceburi industri muzik, rapper tanah air Joe Flizzow telah melonjakkan lagi namanya dan juga industri muzik Malaysia di MTV EMA 2018 yang diadakan di Bilbao Exhibition Centre, Sepanyol.
Rapper berbakat itu merupakan penerima anugerah Penghibur Terbaik Asia Tenggara 2018 sekaligus mengalahkan Afgan (Indonesia), IV of Spades (Philippines), Minh Hang (Vietnam), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), dan Twopee Southside (Thailand).
Joe Flizzow, atau Johan bin Ishak, mula menempa nama sebagai salah seorang daripada duo Too Phat pada tahun 1998 bersama Malique. Duo ini telah membantu mengubah dan memberi impak kepada genre hip hop di Malaysia dengan aksi-aksi mereka.
Anugerah ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2013 dan Joe Flizzow merupakan anak Malaysia pertama yang berjaya meraih anugerah ini.
Menujukan anugerah ini kepada para peminatnya Joe Flizzow turut menambah, “Saya percaya ini membuktikan walaupun bilangan kita kecil, tetapi apabila kita bersatu, kita bisa mencapai apa sahaja.”
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
