Kediaman – Terjemahan Seni Moden
Melangkah masuk dari arah pintu utama ke ruang kediaman tiga tingkat ini untuk menonjolkan keindahan ruang yang memukau. Ruang tamu dan dapur pelan terbuka yang luas, dan berkongsi pelan lantai yang sama. Ruang bawah menerima pencahayaan maksimum dari arah binaan pintu gelangsar kaca, menciptakan ambien ruang hebat. Penataan ruang diperhebatkan dengan pilihan perabot jenama pereka antarabangsa yang disempurnakan dengan pencahayaan sempurna dalam menonjolkan karakter setiap satunya. Sebuah lukisan besar oleh artis Lim Tze Peng tampil menyerlah dikepung kawasan hijau pada latar ruang utama.
Kediaman ini bertukar wajah, yang dahulunya diilhamkan elemen Bali dalam warna-warna hangat. Namun pemilik menginginkan perubahan maksimum dengan mengetengahkan reka bentuk moden yang lebih elegan dengan proses renovasi secara mutlak.
Impian pemilik direalisasikan oleh pereka bentuk dari Bowerman Interior Planner, Chris Huang “Sebagai seorang yang gemar mengembara dan mempunyai cita rasa yang tinggi, pemilik inginkan hanya perabot dan kelengkapan rumah yang berkualiti dan terbaik melengkapi ruang kediaman. Kami bermula dengan lantai marmar kelabu, yang menjadi asas kepada keseluruhan reka bentuk,” terang Chris. Pilihan perabot jenama pereka termasuk sofa Minotti Hamilton daripada fabrik tweed putih, dan permaidani handwoven biru-kelabu dari India menjadi statement buat penataan ruang.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

