Sejenak bersama Haylie Duff – Selebriti, Blogger dan Penulis Buku Masakan
Flexform kini di Malaysia.
GLAM Deko Promosi – Menangi Kusyen Batik Tajaan KitaKita
Fokus – Figura Berpengaruh Dunia Rekaan
Elemen – Hiasan Kehidupan Laut
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur

GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur

Konsep rekaan dan binaan kabinet dapur yang baik tidak pernah mengabaikan nilai fungsinya. Pilih gaya yang menepati cita rasa, bajet dan keluasan sedia ada agar aktiviti harian lebih lancar, seiring gaya hidup anda. GLAM Deko membariskan trend rekaan dapur dan pemilihan aksesori untuk penataan lebih sempurna.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse
GAYA INDUSTRIAL Berpegang kepada bentuk, fungsi dan nilai estetika. Reka bentuk industrial adalah gaya yang diangkat sepanjang tahun dan bakal kekal menjadi pilihan untuk penataan ruang dapur. Bermain tekstur tanpa penyudah, permukaan kemasan yang seolah-olah tidak siap, reka bentuk minimalis dan arah aliran yang diilhamkan daripada ruang kilang. Ini adalah inspirasi yang menggabungkan keindahan bahan-bahan seperti kayu, batu dan konkrit gabungan bersama kemasan inovatif.
Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse