GLAM Deko Kediaman – Organik Industrial
Sajian – Moktel Eksotika Buat Merai Tetamu
7 Selebriti Yang Juga Pereka dan Penghias Dalaman
Rangkaian Dior HOME
Butik Kontemporari

GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur

Konsep rekaan dan binaan kabinet dapur yang baik tidak pernah mengabaikan nilai fungsinya. Pilih gaya yang menepati cita rasa, bajet dan keluasan sedia ada agar aktiviti harian lebih lancar, seiring gaya hidup anda. GLAM Deko membariskan trend rekaan dapur dan pemilihan aksesori untuk penataan lebih sempurna.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse
KABINET HANDLELESS Rupa linear keseluruhan terbukti sangat popular di dapur moden hari ini. Rekaan kabinet handleless untuk gaya yang sederhana namun moden, terutamanya dalam kemasan gloss dan warna-warna tanah kelabu atau neutral. Permukaan kayu dengan efek ira dan warna kayu lebih popular diterima, selain turut dicat dengan ajnas warna pilihan dalam kelompok warna natural dan tidak terang. Dapur tampil lebih elegan dan fleksibel.
2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse