Loading media...

Unable to load content
Rai Hari Lautan Sedunia Bersama La Mer Blue Heart
Ciara, Pom Klementieff & Camila Morrone Sebagai Duta Pertama Nars
Eksplorasi Aroma Gucci Flora Gorgeous Gardenia
Krim Siang Dan Malam Dior Capture Kembalikan Kolagen Wajah
BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani
Home > Cantik > Kempen Daisy Marc Jacobs Menampilkan Anak Cindy Crawford, Kaia Gerber

Kempen Daisy Marc Jacobs Menampilkan Anak Cindy Crawford, Kaia Gerber

Wangian terkenal Daisy Marc Jacobs oleh Marc Jacobs telah mengumumkan bahawa Kaia Gerber (15) anak kepada supermodel Cindy Crawford merupakan wajah baru untuk kempen wangian tersebut.

 

Kempen terbaru itu telah dirakamkan di sebuah padang yang penuh dengan bunga daisi oleh jurufoto Alasdair McLellan yang turut menampilkan model Sofia Mechetner dan Dilia Martins.

 

“Saya berasa teruja untuk menjadi wajah Daisy Marc Jacobs; kempen ini sangat ceria dan light-spirited, dan itulah apa yang saya rasa selalunya,” nyata gadis muda itu.

 

“Ini merupakan kempen wangian global pertama saya, dan saya rasa bertuah kempen ini adalah bersama Marc Jacobs, sebuah jenama yang ikonik yang saya sudah kenali dan suka sejak dulu lagi.”