Patung Lilin Brad Pitt dan Angelina Jolie Berpisah
Pharrell Williams Di Pentas Chanel Musim Luruh 2016
Getaway Romantik Selena Gomez dan The Weeknd Di Itali
Paul Andrew menggalas tugas baru di Salvatore ferragamo
Promosi – Menangi Percutian di Hotel Element, Kuala Lumpur
Home > Uncategorized > Kisah Percintaan Jennifer Lawrence & Chris Pratt

Kisah Percintaan Jennifer Lawrence & Chris Pratt

https://www.instagram.com/p/BKCMi87hdRF/?taken-by=passengersmovie   Filem sains fiksyen terbaru, Passengers yang bakal ditayangkan pada 21 Disember menampilkan Jennifer Lawrence dan Chris Pratt sebagai pelakon utama. Antara babak yang menjadi bualan ramai dalam trailer filem tersebut adalah ciuman antara Jennifer dan Chris.   https://www.instagram.com/p/BKjGew5hfpT/?taken-by=passengersmovie   Passengers adalah sebuah filem yang ditulis oleh Jon Spaihts dan Morten Tyldum sebagai pengarah. Ia mengisahkan tentang perjalanan 120 tahun sebuah kapal angkasa “Starship Avalon” ke planet baru yang dinamakan “Homestead II”. Walaubagaimanapun, Jim (Chris) dan Aurora (Jennifer) terjaga dari pod hibernasi 90 tahun lebih awal dari jangka masa yang sepatutnya.   Ketika pasangan ini cuba mencari jawapan disebalik kerosakan pod hibernasi mereka, hubungan mereka diuji dengan rahsia kebenaran disebalik perkara tersebut dan masalah yang bakal dihadapi kapal angkasa Starship Avalon.