Anggun Di Aildilfitri Bersama FERN: The Orchid Series
Blake Lively Ratu Fesyen Cannes
Update Terkini Fesyen Mesti Tahu
Recap: #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 Dibawakan Oleh Coach
Gaya Bintang Mad Men di Hamparan Merah
Home > Fesyen > Editorial GLAM Memilih Koleksi Raya 2026 Kegemaran Mereka

Editorial GLAM Memilih Koleksi Raya 2026 Kegemaran Mereka

Setiap kali menjelang Aidilfitri, dunia fesyen tempatan kembali meriah dengan pelbagai koleksi Raya yang sarat dengan kreativiti, kehalusan jahitan dan sentuhan moden. Tahun ini, barisan jenama tempatan tampil dengan interpretasi baharu yang menggabungkan elemen tradisional bersama estetika kontemporari. Daripada siluet yang anggun hingga perincian fabrik yang mewah, setiap koleksi membawa identiti tersendiri yang meraikan keindahan gaya wanita moden. GLAM menghimpunkan koleksi Raya pilihan team GLAM yang mencuri perhatian musim ini. Inilah rangkaian koleksi Raya 2026 yang wajar menjadi inspirasi gaya anda untuk menyambut Syawal dengan yang tersayang.

Ezzati Amira – Aizat Aidid, Pengarah Kreatif

Editorial GLAM Memilih Koleksi Raya 2026 Kegemaran Mereka Rekaan Raya terbaru daripada Ezzati Amira bertajuk ‘Benang Kasih’ menonjolkan aura yang jujur dan penuh keyakinan. Padanan clash prints yang berani tetap terasa seimbang dan tidak kelihatan terlalu meriah, sebaliknya memancarkan aura klasik dan feminin. Fabrik yang digunakan turut membawa sentuhan eksklusif. Ia terasa berat dan jatuh secara anggun ketika bergerak, serta memberi ‘presence’ yang memikat bukan hanya di hadapan kamera tetapi juga di dunia nyata. Apa yang paling menarik, helaian ini bukan sekadar untuk ddiandankan sewaktu Raya; top boleh digayakan bersama seluar tailored hitam untuk tampil casual, manakala skirt serasi dengan kemeja putih, atau dipadankan dengan flat untuk penampilan santai yang tetap kemas. Bagi Ezzati Amira, berpakaian untuk Syawal bukanlah kostum, tetapi sambungan daripada identiti diri iaitu timeless, ekspresif, dan sangat peribadi.

Innai Red – Julia Azman, Pengarah Kecantikan

Editorial GLAM Memilih Koleksi Raya 2026 Kegemaran Mereka Innai Red membayangkan Raya bukan sekadar tentang busana — tetapi tentang rasa, kenangan dan ekspresi diri yang halus namun penuh makna. Untuk koleksi Raya 2026 mereka yang dinamakan ‘Pentas Raya Luxe’, jenama ini mengangkat kembali tradisi klasik seperti kebaya dengan sentuhan kontemporari yang lebih bersahaja tetapi tetap membawa esen mewah. Butiran seperti jacquard tekstur halus, sulaman floral dan renda melahirkan dimensi baru kepada busana tradisional. Lebih daripada sekadar siluet, ia menghadirkan rasa yakin dan anggun pada setiap langkah si pemakai. 

Hani Mokhta – Khairani Ramli, Pengarah Seni Kanan

Editorial GLAM Memilih Koleksi Raya 2026 Kegemaran Mereka Koleksi Raya 2026 daripada Hani Mokhta membawa semangat “Wearable Sunshine” yang menjadi tunjang jenama ini — penuh warna, ceria dan menggambarkan perasaan gembira menyambut musim perayaan. Warna‑warna cerah dan potongan yang fleksibel memberi ruang kepada wanita untuk merasa selesa dan yakin lengkap bersama personaliti tersendiri. Dengan helaian yang ringan dan selesa, ia bukan sahaja sesuai digayakan sepanjang hari Raya, tetapi juga mudah dibawa ke momen selepasnya — dari jamuan keluarga hingga pertemuan santai bersama yang tersayang. Koleksi ‘Becoming’ menghadirkan siluet bercorak yang vibrant bersama tesktur ruffles dan sulam untuk persalinan yang elegan. Ia menjadi cara untuk mengekspresikan diri dan menyambut detik istimewa dengan penuh keanggunan.

Kitwoo – Amirul Ariffin, Pengarah Seni

Kitwoo menampilkan keseimbangan sempurna antara tradisi dan kemodenan bersama koleksinya tahun ini. Potongan yang bersih dan siluet yang bersifat artistik memberikan aura yang tersusun rapi, sementara keyakinan halus setiap rekaan menjadikannya lain daripada yang lain. Busana tersebut memancarkan aura elegan yang tenang, membuktikan bahawa warisan budaya boleh disulam dengan gaya kontemporari tanpa kehilangan identiti.

Hanya – Maya Kusuma, Penulis

Editorial GLAM Memilih Koleksi Raya 2026 Kegemaran Mereka Rangkaian koleksi Raya 2026 daripada Hanya menghadirkan rekaan yang lembut, flowy dan sarat dengan sentuhan feminin. Siluet yang elegan dan jatuhan fabrik yang ringan memberi pergerakan yang anggun pada setiap langkah, menjadikannya selesa digayakan sepanjang hari. Untuk musim perayaan tahun ini, Hanya terus mengekalkan identiti minimal namun romantik melalui struktur busana yang timeless, rona warna lembut serta  tekstil ringan yang sesuai dengan cuaca tropika. Turut menampilkan corak yang feminin pada koleksi tahun ini, ia menyerlahkan pesona yang manis dan graceful.

Adila Long – Syahirah Hussain, Penulis

Himpunan busana daripada Adila Long tampil mempesona dengan pilihan fabrik yang berkualiti serta kombinasi warna yang harmoni. Setiap rekaan disusun dengan padanan rona yang menarik, menjadikannya mudah digayakan dalam pelbagai cara. Konsep mix and match yang diketengahkan juga memberi kebebasan kepada pemakai untuk bereksperimen dengan gaya tersendiri, sama ada untuk penampilan yang lebih santai atau elegan di pagi Syawal.

Alia B – Syafiqah Alkaf, Penulis

Koleksi Raya 2026 daripada Alia B menampilkan potongan yang lebih edgy dan moden, menyerlahkan sisi wanita yang berani serta penuh keyakinan. Siluet yang lebih sculpted di bahagian pinggang memberikan aura seksi dan sensual tanpa kelihatan berlebihan, menjadikan setiap helaian tampak sofistikated. Palet warna pula bermain dengan warna pastel lembut, earthy hues dan rona gelap yang mempesona. Artikel berkaitan: 5 Wangian Oud Wajib Dimiliki untuk Lebaran 2026