Kulit Lebih Sekata Jadi Idaman Wanita
Usikan panahan mentari menjamah kulit menjelmakan tona warna lebih gelap. Apatah lagi kulit pada bahagian wajah yang penting buat wanita. Pasti hati gundah melihat bahagian wajah yang lebih gelap berbanding bahagian kulit lain.
Wanita di Asia mengalami masalah pigmentasi lebih besar berbanding mereka di negara lain. Ini berikutan keadaan cuaca di tempat kita. Ternyata ramai wanita berpandangan kulit putih sebagai satu simbol kecantikan, kesihatan lebih baik dan bertaraf sosial tinggi.
Mereka menggunakan produk mencerah kulit untuk memudarkan bahagian tampak berusia, cela hitam dan parut yang mampu bertukar menjadi pigmentasi. Wanita Asia kini bijak memilih koleksi penjagaan kulit herba tradisional Korea.

THE FACE SHOP memperkenalkan produk anti penuaan YEHWADAM Pure Brightening. Direka secara terperinci untuk menyerlahkan lagi kulit lebih putih dan bercahaya, pasti pencerahan lebih nyata dengan memperbaiki kehadiran pigmentasi, cela gelap dan tona kulit kusam.
Dirumuskan dengan ‘Kompleks Chil-baek-seol-yun-dan’ yang juga satu formula pencerahan yang mengandungi tujuh herba tradisional asli dan menyerikan. Ia ditemui di bumi Korea dengan proses menggunakan kaedah ‘baek-ja’ di mana bahan asli dipanaskan untuk satu tempoh masa yang panjang supaya memaksimumkan kemujaraban dan menyingkirkan mana-mana toksin dalam proses pengekstrakan.
Chil-baek-seol-yun-dan ialah satu formula pencerahan istimewa dengan tujuh jenis herba tradisional yang mampu memperbaiki keseluruhan tona kulit dan mengurangkan kehadiran noda hitam dan pigmentasi.
Kaedah Beak-ja pula hadir daripada proses tradisional kaedah ‘Jae-ja’ yang merujuk kepada mendidih herba berubat tradisional dalam air bersih. Kaedah ini menghapuskan toksin yang boleh mengganggu badan yang mengakibatkan herba tradisional bertindakbalas secara sederhana kepada kulit.
Semestinya mempertingkatkan ketahanan tekstur kulit lembut dan kompleksi cerah!
Jaminan Keberkesanan
Cucian wajah membuat liang roma terbuka bagi membuang kotoran dari solekan. Liang roma yang terbuka mampu menangkap cepat kotoran. Jadi, sangat penting bagi kamu untuk mengoles toner selepas itu agar memberi perlindungan. Penyerapan juga mudah berlaku lantas membuat segala khasiat di dalam produk masuk ke dalam kulit.
Wujudnya serum pula adalah untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan wajah dengan menggunakan bahan lebih berkualiti. Malah serum mengandungi bahan lebih mudah meresap dan bertindak balas lebih pantas dari pelembap wajah biasa.
Semestinya olesan kedua-duanya serum dan pelembap bakal memberikan tindak balas segera dalam memperbaiki kulit wajah tidak sekata. Selain menjadikan kulit lebih sekata, rangkaian produk kecantikan Yehwadam turut menggunakan formula anti penuaan yang semestinya penting buat wanita.
Koleksi herba Yehwadam Pure Brightening hadir lengkap dengan penjagaan kulit dari toner, serum, emulsion dan krim.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

